Topik diikuti
Pergi ke BHkuKetua Menteri Sabah nafi laporan kawasan Pulau Sebatik jadi milik Indonesia
Ketua Menteri Sabah nafi laporan kawasan Pulau Sebatik jadi milik Indonesia
Tegas laporan berkait dakwaan disiar media Indonesia tidak tepat
Ketua Menteri Sabah nafi laporan kawasan Pulau Sebatik jadi milik Indonesia
LAHAD DATU (Sabah): Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, menafikan dakwaan bahawa kawasan seluas 127.3 hektar di Pulau Sebatik, di Tawau, Sabah, yang sebelum ini berada dalam wilayah Malaysia kini menjadi milik Indonesia.
Beliau menegaskan laporan berkaitan dakwaan itu seperti disiarkan media tempatan di Indonesia sebagai tidak tepat, di samping tidak mencerminkan hasil sebenar rundingan berkaitan sempadan di antara Malaysia dengan Indonesia.
“Itu tidak betul (kawasan Pulau Sebatik jadi milik Indonesia)... siapa yang cakap diserahkan? Media Indonesia? Itu tidak betul,” katanya selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Datuk Abdul Hakim Gulam Hassan, di Lahad Datu, Sabah, pada 16 April, lapor Berita Harian Malaysia.
Terdahulu, media tempatan Indonesia melaporkan Ketua Staf Presiden (KSP), Encik M Qodari, memaklumkan kawasan seluas 127.3 hektar di Pulau Sebatik yang di Malaysia kini sah menjadi milik Indonesia.
Encik Qodari dilaporkan berkata perubahan terbabit hasil diplomasi berhubung penyelesaian sempadan darat antara Indonesia dengan Malaysia.
Pada masa sama, Encik Qodari berkata penyelesaian sempadan itu turut menyebabkan sebahagian kawasan Indonesia kini termasuk dalam wilayah Malaysia.
Bagaimanapun, kawasan yang ‘terlepas’ itu hanya seluas 4.9 hektar, lebih kecil berbanding kawasan Malaysia yang kini menjadi milik Indonesia.
Dalam pada itu, Datuk Hajiji menegaskan Malaysia sebenarnya lebih untung dalam rundingan sempadan membabitkan dua negara terbabit.
“Kita (sebenarnya) untung, tetapi saya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta Pak Prabowo (Presiden Indonesia, Encik Prabowo Subianto) tidak boleh buat kenyataan... itu saya boleh cakap,” katanya.
Sebelum ini, media antarabangsa melaporkan tiga kampung di Kabupaten Nunukan dan Kalimantan Utara di Indonesia didakwa termasuk dalam wilayah Malaysia, berikutan peralihan garisan sempadan antara kedua-dua negara.
Tiga kampung itu ialah Kampung Kabungalor, Kampung Lipaga dan Kampung Tetagas yang terletak berdekatan sempadan Tawau, Malaysia.
Perubahan itu membabitkan keluasan 4.91 hektar tanah kediaman dan 127 hektar ladang kelapa sawit yang kini diisytiharkan berada dalam wilayah Malaysia.
“
“Itu tidak betul (kawasan Pulau Sebatik jadi milik Indonesia)... siapa yang cakap diserahkan? Media Indonesia? Itu tidak betul... Kita (sebenarnya) untung, tetapi saya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta Pak Prabowo (Presiden Indonesia, Encik Prabowo Subianto) tidak boleh buat kenyataan... itu saya boleh cakap.”