Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

M’sia selaras usaha reda ketegangan Thai-Kemboja

Kededua negara jiran telah minta Mesyuarat Khas Menteri Luar Asean ditunda
Dec 15, 2025 | 4:09 PM
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri), dalam panggilan telefon bersama rakan sejawatnya dari Thailand, Encik Anutin Charnvirakul, dan Encik Hun Manet, dari Kemboja, pada 13 Disember, menyampaikan gesaan agar menghentikan permusuhan. 
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri), dalam panggilan telefon bersama rakan sejawatnya dari Thailand, Encik Anutin Charnvirakul, dan Encik Hun Manet, dari Kemboja, pada 13 Disember, menyampaikan gesaan agar menghentikan permusuhan.  - Foto FACEBOOK ANWAR IBRAHIM

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang menyelaras usaha bagi meredakan ketegangan antara Thailand dengan Kemboja, serta tujuan menghentikan segala bentuk permusuhan di sepanjang kawasan sempadan yang dipertikaikan, kata Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Datuk Anwar, kededua negara jiran itu telah meminta sedikit penangguhan ringkas Mesyuarat Khas Menteri Luar Asean yang pada asalnya dijadual pada 16 Disember.

“Mereka (Kemboja dan Thailand) meminta sedikit penundaan mesyuarat. Oleh itu, kita menangguhkannya bagi memastikan semuanya berjalan dengan teratur.

“Bagaimanapun, kita terus menyeru kedua-dua pihak agar menghentikan sebarang pertikaian.

“Keadaan kini sangat kritikal, dan saya terus berhubung secara maya dengan mereka setiap hari,” katanya ketika ditanya mengenai perkembangan terkini ketegangan sempadan antara Kemboja dengan Thailand, lapor Berita Harian Malaysia.

Datuk Anwar berkata demikian selepas merasmikan pelancaran buku, The Man Who Could Move Mountains: Reflections on the Social Activism of S.M. Mohamed Idris, di Institut Antarabangsa Pengajian Islam Lanjutan (IAIS),

Datuk Anwar berkata walaupun mesyuarat khas bagi mengukuhkan peranan kolektif Asean dalam memelihara keamanan serantau ditangguhkan, Malaysia masih menyelaras dan memantau keadaan.

Ketika mengulas arahan sekatan di Teluk Thailand bagi menghalang penghantaran bahan api dan bekalan ketenteraan ke Kemboja, Datuk Anwar berkata perkara itu masih dirunding.

Dalam panggilan telefon secara berasingan dengan rakan sejawatnya dari Thailand, Encik Anutin Charnvirakul, dan Encik Hun Manet, dari Kemboja pada 13 Disember, Datuk Anwar menyampaikan gesaan supaya Thailand dan Kemboja menghentikan segala bentuk permusuhan serta tidak melakukan sebarang tindakan ketenteraan lanjut.

Ini tegasnya termasuk penggunaan kekerasan atau menggerakkan pasukan bersenjata ke barisan hadapan.

Menurut Datuk Anwar, gesaan itu disampaikan menyusuli perbincangan beliau dengan Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, dengan mengambil kira ketegangan berterusan di sempadan kedua-dua negara berkenaan.

“Bagi menyokong usaha meredakan ketegangan dan meningkatkan ketelusan, Malaysia meminta penugasan Pasukan Pemerhati Asean (AOT) yang diketuai oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaafar, untuk memantau keadaan di lapangan.

“Misi ini akan turut disokong oleh pemantauan satelit yang disediakan oleh kerajaan Amerika, bermula pada waktu yang sama,” katanya lapor BHM.

Thailand dan Kemboja dalam ketegangan mempertikaikan sebahagian sempadan darat sepanjang 817 kilometer selama lebih seabad, yang mana perebutan ke atas kuil purba mencetuskan pertempuran bersenjata, termasuk kejadian berbalas tembakan artileri selama seminggu yang meragut banyak nyawa pada 2011.

Ketegangan kembali memuncak pada Mei lalu selepas seorang tentera Kemboja terbunuh dalam satu pertempuran kecil, sekali gus mencetuskan peningkatan ketara kehadiran tentera dan pertempuran baharu yang menjejas hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg