Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Ketua Polis Johor terima ancaman bom

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Ketua Polis Johor terima ancaman bom

Feb 13, 2024 | 10:17 AM



JOHOR BAHRU: Ketua Polis Johor, Pesuruhjaya M Kumar, mengesahkan menerima ugutan ancaman bom menerusi e-mel rasminya pagi 12 Februari yang dikirim ‘Takahiro Karasawa’.


Beliau berkata e-mel daripada alamat sama juga diterima beberapa pihak yang turut membuat laporan polis.

“Dia hantar e-mel dan semakan mendapati ia daripada alamat sama seperti pernah dihantar ke beberapa pihak pada Disember tahun lalu.

“Kita percaya ia dihantar orang sama dan siasatan mendapati ia adalah akaun palsu.

“Setakat ini, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) membuat laporan polis selain laporan daripada polis berikutan e-mel dihantar ke e-mel rasmi saya,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.


Encik Kumar berkata pihaknya belum dapat memastikan motif pengirim e-mel berkenaan namun siasatan terus dijalankan.

Beliau tidak menolak kemungkinan pengirim mahu mewujudkan ketegangan dalam masyarakat.

“Saya ingin memberi amaran tegas, apa yang dilakukan ini adalah salah dari segi undang-undang dan polis akan ambil tindakan,” ujarnya.

Ancaman bom di Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang diterima pengurusan bangunan berkenaan menerusi emel pagi 12 Februari, disahkan palsu.

Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd Noorazam Osman, mengesahkan menerima maklumat ancaman bom menerusi e-mel dihantar ‘Takahiro Karasawa’ (takahiro- karasawa@akita-h-story.jp) pada pagi 12 Februari.

Susulan penerimaan e-mel terbabit, MBJB membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan.

Katanya, arahan pengosongan bangunan dan berkumpul di lokasi menunggu dikeluarkan kepada seluruh anggota MBJB dan orang awam di lokasi kira-kira 12 tengah hari sehingga pemeriksaan selesai dilaksanakan oleh pihak polis.

“Susulan pemeriksaan polis, anggota MBJB dibenar kembali ke pejabat untuk bertugas pada jam 2 petang.

“Polis mengesahkan ancaman diterima adalah palsu dan MBJB yang menempatkan 500 kakitangan selamat serta beroperasi seperti biasa mengikut waktu pejabat,” katanya.

Turut menerima ancaman bom itu adalah ibu pejabat polis Johor dan kompleks mahkamah Johor.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >