KJ hantar surat rayuan kembali kepada Umno

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

KJ hantar surat rayuan kembali kepada Umno

Mar 16, 2026 | 4:39 PM

KJ hantar surat rayuan kembali kepada Umno

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Khairy Jamaluddin, Umno, Ahmad Zahid Hamidi, politik M’sia
Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kanan), menerima surat rayuan untuk kembali menyertai Umno daripada mantan anggota yang dipecat pada 2023, Encik Khairy Jamaluddin, pada 15 Mac. - Foto FACEBOOK AHMAD ZAHID HAMIDI

Mantan Ketua Pemuda Umno, Encik Khairy Jamaluddin, kembali mencuri perhatian politik Malaysia apabila beliau menghantar surat rayuan kepada Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, untuk menyertai semula Umno.

Perkara itu dikongsikan Datuk Ahmad Zahid di Facebook beliau, dengan menyatakan Encik Khairy – atau lebih dikenali sebagai KJ – hadir menyerahkan surat rayuan itu kepadanya dalam satu pertemuan pada malam 15 Mac.

Menurut Datuk Ahmad Zahid, kunjungan itu membawa maksud besar di sebalik konsep Rumah Bangsa yang diumumkannya di pentas Perhimpunan Agung Umno (PAU) pada Januari lalu, yang bertujuan menyeru anggota parti yang pernah dipecat, digantung atau telah meninggalkan Umno untuk kembali kepada parti.

“Dalam keberkatan malam ke-26 Ramadan, saya menerima kunjungan saudara Khairy Jamaluddin yang hadir menyerahkan surat rayuan untuk kembali bersama Umno.

“Inilah antara makna sebenar Rumah Bangsa. Sebuah ikhtiar untuk menemukan semula yang pernah berpisah, merapatkan kembali yang pernah berjauhan dan menghimpunkan semula kita dalam satu keluarga besar perjuangan.

“Insya-Allah, secara peribadi saya telah menerima permohonan ini dan akan disampaikan kepada Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (Naib Presiden Umno) untuk diperhalusi dan diperlakukan sewajarnya,” katanya dalam hantaran pada 16 Mac.

Datuk Ahmad Zahid juga menekankan dalam perjuangan politik, yang lebih utama ialah mencari jalan penyatuan, bukan membiarkan perpecahan terus memisahkan parti.

“Dalam perjalanan perjuangan ini, seperti yang sering saya sebut, biduk lalu, kiambang bertaut.

“Mudah-mudahan Rumah Bangsa menjadi asas untuk kita mempertemukan semula hati-hati yang pernah terpisah, memperkukuh saf perjuangan dan mengembalikan kekuatan Umno sebagai induk politik orang Melayu dan umat Islam di tanah air ini,” katanya.

Pada 5 Mac, Datuk Ahmad Zahid memaklumkan bahawa parti itu membuka pintu seluas-luasnya kepada mana-mana bekas anggota yang pernah dipecat atau digantung keahlian untuk kembali menyertai Umno tanpa syarat.

Sementara itu, Encik Khairy di media sosialnya turut berkongsi gambar beliau bertemu Datuk Ahmad Zahid untuk menyerahkan surat rayuan berkenaan disertai keterangan gambar I’m coming home (saya kembali), serta gambar bendera Umno dengan latar belakang ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur.

Encik Khairy, yang juga mantan menteri, dipecat daripada Umno pada 2023, selepas berseteru dengan Datuk Ahmad Zahid.

Konflik antara mereka memuncak ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 sehingga Encik Khairy terpaksa bertanding di kerusi Parlimen Sungai Buloh, Selangor, untuk memastikan beliau mendapat kerusi untuk bertanding pada PRU15.

Selain Encik Khairy, beberapa pemimpin lain turut dikenakan tindakan, antaranya mantan Naib Presiden Umno yang juga Ahli Parlimen Sembrong (Johor), Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dan mantan Naib Ketua Pemuda Umno, Encik Shahril Hamdan, yang digantung keahlian parti.

Pada PAU 2025 di Kuala Lumpur Januari lalu, Encik Khairy mencuri tumpuan apabila hadir ketika perasmian persidangan Pemuda Umno bagi memenuhi jemputan Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Akmal Salleh.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg