Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

KK Mart ke-3 diserang ‘molotov cocktail’

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

KK Mart ke-3 diserang ‘molotov cocktail’

Apr 02, 2024 | 02:35 PM



PETALING JAYA: Sebuah kedai KK Super Mart di Kuching, Sarawak, dibaling ‘molotov cocktail’ pada 31 Mac, kejadian ketiga membabitkan rangkaian kedai serbaneka tersebut.

Ketua Polis Kuching, Encik Ahsmon Bajah, dalam satu kenyataan berkata polis menerima laporan kejadian itu daripada pekerja kedai berkenaan yang terletak di Jalan Satok.

“Kejadian itu menyebabkan kebakaran satu kotak air minuman yang diletakkan di hadapan kedai serbaneka berkenaan yang terbakar.

“Kebakaran itu dipercayai akibat dibaling botol kaca mengandungi minyak tanah dan kain berwarna kuning,” katanya, lapor Free Malaysia Today.


Encik Ahsmon berkata pihaknya sedang giat mencari suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Beliau juga meminta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat berhubung kejadian itu dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Ceremona Nasim di talian 013-8554168 atau datang ke balai polis berhampiran.

Pada 30 Mac lalu, bahagian pintu masuk sebuah cawangan KK Mart di Kuantan, Pahang, rosak akibat terbakar dipercayai akibat dibaling “molotov cocktail”.

Pada 26 Mac lalu, satu objek dipercayai bom petrol dilaporkan dibaling di satu cawangan kedai serbaneka KK Mart di Bidor, Perak.

Bagaimanapun, bom itu yang baling di hadapan kedai berkenaan tidak meletup.

KK Mart diselubungi kontroversi selepas beberapa gambar stoking tertera kalimah Allah yang ditemui di KK Mart Bandar Sunway tersebar di media sosial sekali gus mencetuskan kemarahan orang Islam dan desakan boikot oleh Pemuda Umno.

Syarikat itu sudah memohon maaf dan menyatakan kekesalan berhubung insiden tersebut.

Pengasas KK Mart dan isterinya, serta tiga pengarah syarikat yang mengedar stoking berkenaan juga telah didakwa di Mahkamah Sesyen berasingan di Shah Alam atas pertuduhan melukakan perasaan agama orang lain dengan menjual stoking tertera kalimah Allah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >