Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Kes stoking kalimah Allah: Pengasas KK Mart antara dituduh singgung perasaan umat Islam

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kes stoking kalimah Allah: Pengasas KK Mart antara dituduh singgung perasaan umat Islam

Mar 26, 2024 | 03:42 PM



SHAH ALAM: Pengasas kedai serbaneka, KK Super Mart & Superstore (KK Mart), yang menjual stoking tertera kalimah Allah dan syarikat pembekal stoking Xin Jian Chang didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor, pada 26 Mac.


Pengasas, Pengarah dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Mart, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan, 57 tahun, dan isterinya yang juga pengarah syarikat sama, Datin Seri Loh Siew Mui, 53 tahun, mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan melukakan perasaan agama orang Islam dengan mempamerkan stoking bercetak kalimah Allah.

Menurut kertas tuduhan, Chai dan Loh didakwa dengan sengaja berniat melukakan perasaan umat Islam dengan mempamerkan stoking bercetak kalimah Allah di rak pameran jualan di KK Mart di Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor, pada 6.30 pagi, 13 Mac lalu.

Pendakwaan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan (KK) yang membawa hukuman penjara hingga setahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Tiga pengarah Xin Jian Chang pula berdepan tuduhan bersubahat melakukan kesalahan berkenaan di tempat, tarikh dan masa yang sama, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Bagaimanapun, tiga beranak itu – Soh Chin Huat, 61 tahun; isterinya, Goh Li Huay, 62 tahun; dan anak mereka, Soh Hui San, 36 tahun – mengaku tidak bersalah sejurus tuduhan dikemukakan di hadapan Hakim Muhamad Anas Mahadzir.

Susulan pengakuan tidak bersalah, peguam mewakili dua pengasas kedai serbaneka itu, Datuk Rajpal Singh, mencadangkan jaminan RM12,000 ($3,417) untuk kedua-dua anak guamnya, manakala peguam bela tiga pengarah Xin Jian Chang Sdn Bhd, Encik Lau Yi Leong, pula memohon jaminan RM5,000 masing-masing untuk anak guamnya.

Encik Muhamad Anas kemudian membenarkan semua tertuduh diikat jamin RM10,000 setiap seorang dan menetapkan 29 April ini untuk sebutan semula kes.

Pada 13 Mac lalu, tular di media sosial isu stoking tertera kalimah Allah yang dijual di KK Mart Bandar Sunway selepas gambar produk itu dimuat naik pengguna.

Pengurusan KK Mart kemudian memohon maaf berhubung penjualan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah Allah di beberapa cawangan kedai serbaneka itu.


Syarikat itu berkata jualan stoking berkenaan dihentikan serta-merta sementara menunggu penjelasan daripada pembekal.

Susulan isu itu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, murka serta menzahirkan perasaan dukacita dan mahu tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah dalam isu itu berdasarkan siasatan pihak berkuasa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >