Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Stoking kalimah Allah: Tindakan baling bom tidak wajar, perlu dikecam

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Stoking kalimah Allah: Tindakan baling bom tidak wajar, perlu dikecam

Mar 27, 2024 | 02:58 PM



KUALA LUMPUR: Walaupun insiden penjualan stoking bercetak kalimah Allah di KK Super Mart & Superstore (KK Mart) mengundang kemarahan umat Islam di Malaysia, tindakan pihak tidak bertanggungjawab membaling bom ke salah satu cawangan kedai serbaneka itu dikecam pelbagai pihak.


Susulan pengesahan polis mengenai insiden KK Mart di Jalan Bruseh, Bidor, Perak, dibaling bom petrol kira-kira 5.35 pagi, kalangan pemimpin merentasi pelbagai parti politik menyifatkan tindakan berkenaan sebagai amat tidak wajar, tidak boleh diterima akal dan wajar dikecam.

Ketua Penerangan Parti Islam SeMalaysia (PAS), Encik Ahmad Fadhli Shaari, berkata tidak ada sebarang ruang boleh dibiarkan untuk perbuatan seperti itu dalam masyarakat atas apa jua alasan sekali pun.

“Undang-undang dan keadilan tidak boleh terlaksana melalui tangan sendiri secara individu kerana kita mempunyai kerajaan dan pihak penguat kuasa undang-undang yang diberikan hak di dalam perlembagaan.

“Saya rakamkan takziah dan simpati kepada pihak yang menjadi mangsa dalam insiden balingan bom petrol ini. Pada masa sama, menuding jari kepada mana-mana pihak juga satu perbuatan tidak bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh, yang dilihat pemimpin paling lantang dan tegas bersuara mengenai isu itu menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dalang kejadian, seterusnya mengenakan tindakan tegas kepada pihak terbabit.

“Kita mengecam sekeras-kerasnya isu insiden melampau yang membaling bom petrol ke KK Mart dan ugutan bunuh terhadap saya. Kita serahkan kepada pihak polis untuk siasat dan seterusnya mengambil tindakan sekerasnya untuk mereka ini. Terus boikot,” katanya.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Encik Nik Nazmi Nik Ahmad, pula menegaskan sikap berlebihan dalam menangani isu itu mampu mempengaruhi individu tertentu untuk bertindak ekstrem seperti insiden melontar bom petrol ke kedai KK Mart.

Beliau berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah menegaskan supaya isu itu dikendalikan mengikut lunas undang-undang dan KK Mart telah membuat permohonan maaf secara terbuka serta mengambil tindakan undang-undang terhadap pembekal stoking tersebut.

“Sesuai saranan Perdana Menteri, kita perlu beri ruang untuk undang-undang menghakimi individu yang terbabit,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata siasatan mendapati terdapat serpihan botol kaca serta bahan letupan menyerupai mercun di lantai kedai berkenaan.

Laporan polis berhubung kejadian diterima pada 27 Mac daripada seorang wanita berumur 20 tahun iaitu pekerja kedai itu yang memberitahu terdengar bunyi botol pecah di bahagian hadapan kedai kira-kira 5.35 pagi.

“Siasatan awal pihak polis mendapati bom petrol yang dilempar ke kedai serbaneka ini dipercayai dilakukan seorang lelaki yang menaiki kereta awal pagi.

“Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kedai terbabit mendapati sebuah kereta berwarna gelap yang mempunyai pelekat warna merah Lalamove berhenti di tepi jalan kira-kira 5.35 pagi.


“Satu lelaki (suspek) turun daripada kereta terbabit dan membaling sesuatu dipercayai botol kaca berisi minyak tanah ke dalam kedai, lalu terus beredar dari tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >