Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Stoking kalimah Allah: Agong M’sia arah henti apikan kemarahan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Stoking kalimah Allah: Agong M’sia arah henti apikan kemarahan

Mar 28, 2024 | 01:06 PM



KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertegas supaya semua pihak berhenti mengambil kesempatan ke atas isu stoking tertera kalimah Allah, kerana perkara itu sudah dalam proses perundangan.


“Saya telah mengarahkan untuk tindakan diambil mengikut lunas undang-undang, maka tidak perlu lagi untuk mana-mana pihak terus mengapi-apikan kemarahan secara berterusan.

“Tindakan diambil bukanlah untuk menghukum semata-mata, tetapi sebagai pengajaran dan peringatan kepada semua untuk menjaga sensitiviti rakyat Malaysia,” katanya lapor Sinar Harian.


Sultan Ibrahim berkata adalah lebih baik untuk masyarakat mengambil iktibar daripada kejadian itu dan berusaha untuk mengeratkan lagi perpaduan.

“Kemarahan yang berlarutan tidak akan menguntungkan sesiapa. Semua pihak, terutamanya pemimpin masyarakat perlu bertindak matang.

“Ajaklah rakyat ke arah perpaduan, bukan perpecahan. Inilah peluang untuk mendapat pemahaman yang lebih baik antara satu sama lain dalam masyarakat kita yang majmuk, agar perkara sebegini tidak berulang lagi,” kata Sultan Ibrahim.

Pada 13 Mac lalu, tular di media sosial isu stoking tertera kalimah ‘Allah’ dijual di kedai serbaneka, KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Mart) Bandar Sunway, Selangor, selepas gambar produk itu dimuat naik pengguna, sehingga menimbulkan kemarahan umat Islam.

Pada 16 Mac, KK Mart membuat permohonan maaf berhubung penjualan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah ‘Allah’, di beberapa cawangan kedai serbaneka itu.

Siasatan rapi polis kemudian membawa kepada pendakwaan Pengasas, Pengarah dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Super Mart, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan, 57 tahun dan isterinya yang juga pengarah syarikat sama, Datin Seri Loh Siew Mui, 53 tahun, selain syarikat pembekal stoking iaitu tiga beranak yang merupakan Pengarah Xin Jian Chang Sdn Bhd.

Bagaimanapun, masih ada pihak yang bertindak melampau sehingga membalim bom petrol ke sebuah cawangan KK Mart di Bidor, Perak dan perbuatan itu mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk pemimpin Islam merentasi fahaman politik yang menyifatkan kejadian itu amat tidak wajar dan perlu dikecam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >