Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

KL naik 16 anak tangga bandar terpintar dunia

Apr 12, 2024 | 12:11 PM
Menurut Indeks Bandar Pintar (SCI) 2024, Kuala Lumpur melonjak 16 anak tangga untuk berada di kedudukan ke-73 dalam senarai bandar raya terpintar di dunia.
Menurut Indeks Bandar Pintar (SCI) 2024, Kuala Lumpur melonjak 16 anak tangga untuk berada di kedudukan ke-73 dalam senarai bandar raya terpintar di dunia. - Foto fail

KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur (KL) melonjak 16 anak tangga untuk berada di kedudukan ke-73 dalam senarai bandar raya terpintar di dunia daripada kalangan 142 bandar, demikian menurut Indeks Bandar Pintar (SCI) 2024 yang dikeluarkan Institute for Management Development (IMD) baru-baru ini.

Pada 2023, KL berada di kedudukan ke-89.

Laporan itu mengetengahkan beberapa prestasi KL yang membanggakan termasuk kemudahan pembelian tiket dalam talian dan kebolehcapaian penyenaraian pekerjaan dalam talian yang memudahkan untuk mencari kerja.

Laporan itu turut memuji struktur kesihatan dan keselamatan di ibu kota Malaysia itu, seperti ‘mengatur janji temu perubatan dalam talian yang menambah baik akses’ dan struktur mobiliti seperti ‘penjadualan dalam talian dan jualan tiket telah menjadikan pengangkutan awam lebih mudah untuk digunakan’.

Namun, laporan itu mendapati kesesakan lalu lintas, rasuah, pencemaran udara dan rumah mampu milik adalah antara isu paling membimbangkan di KL, lapor Free Malaysia Today.

Presiden Smart City Observatory, Encik Bruno Lanvin, berkata sesebuah bandar perlu merangka dan mengguna pakai strategi untuk bertahan dengan ujian ketidaktentuan pada masa depan.

Katanya, kepercayaan dan tadbir urus yang baik menjadi semakin penting dan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam reka bentuk dan pengurusan bandar dijangka meningkat.

“Walaupun ia mungkin kedengaran tidak intuitif, AI boleh membantu menginsankan bandar menjadi lebih mementingkan manusia,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman web IMD.

Zurich mengekalkan kedudukan teratas bagi edisi kelima berturut-turut laporan SCI pada 2024, diikuti Oslo, Canberra, Geneva dan Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg