Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

KRONOLOGI KEJADIAN TANAH JERLUS DI MASJID INDIA

Sep 1, 2024 | 5:30 AM
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang selepas terperosok ke dalam lubang tanah jerlus dijalankan siang dan malam di Masjid India, Kuala Lumpur.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang selepas terperosok ke dalam lubang tanah jerlus dijalankan siang dan malam di Masjid India, Kuala Lumpur. - Foto BM oleh HANNEEYZAH BAHARIN (optional)

KRONOLOGI KEJADIAN TANAH JERLUS DI MASJID INDIA

23 Ogos Seorang wanita warga India, Cik Vijayaletchumy, 48 tahun, sedang berjalan di kaki lima Jalan Masjid India menuju ke kuil berdekatan kira-kira 8.20 pagi, sebelum tiba-tiba berlaku tanah jerlus. Mangsa terperosok ke dalam lubang sedalam 10 meter. Seramai 15 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dihantar ke lokasi. Kerja mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dijalankan, namun gagal dan hanya menemui selipar mangsa.

24 Ogos Operasi SAR hari kedua diteruskan pihak bomba dan Indah Water Konsortium (IWK) dengan enam lurang kumbahan sekitar lokasi dibuka secara berperingkat bagi meluaskan kawasan carian dan mengesan mangsa.

25 Ogos Pasukan SAR menggunakan kaedah flushing (menyekat aliran air di lurang kumbahan sebelum sekatan dilepaskan untuk menghasilkan arus air deras).

26 Ogos Operasi SAR diteruskan dengan anggota selaman bomba masuk ke dalam lurang kumbahan. Arus deras, keadaan air yang tinggi pencemaran, keluasan terhad serta gas beracun menyukarkan kerja SAR kerana pasukan tidak boleh berada lama di dalam air di pembetungan.

27 Ogos Kaedah flushing dan penggunaan jetter (pembersih saluran paip bertekanan tinggi) digunakan. Alat pengesan radar (GPR) dibawa ke lokasi untuk mengesan mangsa. Mula beri tumpuan SAR di loji sisa kumbahan di Pantai Dalam, Kuala Lumpur, sebagai lokasi terakhir sisa kumbahan termasuk dari pembetungan di lokasi kejadian, dikumpulkan.

28 Ogos Kejadian tanah mendap kedua berlaku kira-kira 50 meter dari lokasi pertama. Jalan Masjid India ditutup daripada kenderaan dan pejalan kaki sepanjang kira-kira 400 meter. Operasi SAR memberi tumpuan di Masjid India dan loji IWK Pantai Dalam.

29 Ogos Pencarian diteruskan dengan selaman oleh pasukan SAR di Masjid India dan loji IWK. Penutupan Jalan Masjid India diperluaskan sepanjang 1.4 kilometer.

31 Ogos Operasi mencari dihentikan atas beberapa sebab termasuk keselamatan dan kesihatan pasukan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg