Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kronologi letupan saluran paip gas di Selangor

Apr 6, 2025 | 5:30 AM
Kejadian letupan saluran paip gas Petronas di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor, pada pagi 1 April telah menyebabkan aliran trafik bergerak perlahan di Lebuhraya Elite.
Kejadian letupan saluran paip gas Petronas di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor, pada pagi 1 April telah menyebabkan aliran trafik bergerak perlahan di Lebuhraya Elite. - Foto NSTP

* Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor terima panggilan kejadian pada 8.23 pagi dan mengesahkan berlaku kebakaran saluran paip gas.

* Hampir 80 anggota Bomba dikejarkan ke tempat kejadian untuk memadam kebakaran.

* Empat injap utama di Dengkil; Puchong; Batu Tiga dan Meru, di Selangor, ditutup untuk melepaskan saki baki gas asli yang mengambil masa sekitar empat jam.

* 529 penduduk yang terjejas dipindahkan ke kawasan selamat dan pusat pemindahan sementara (PPS) di Masjid Putra Heights, masjid lain dan Kuil Sri Maha Kaliamman.

* 132 mangsa yang cedera seperti melecur, sukar bernafas dan mengalami luka dirawat di hospital kerajaan dan swasta. Pihak berkuasa mengesahkan tiada kehilangan nyawa dilaporkan.

* Petronas Gas Berhad (PGB) mengesahkan berlaku kebakaran di saluran paip utamanya berhampiran Putra Heights, Puchong pada 8.10 pagi.

* JBPM sahkan sekurang-kurangnya 190 kediaman dan 159 pelbagai jenis kenderaan termasuk 11 motosikal rosak akibat kejadian letupan.

* Sebanyak 20 agensi memulakan siasatan dan pemeriksaan tahap keselamatan di lokasi kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights.

* Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memaklumkan bahawa kerajaan Malaysia dan Petronas menyalurkan bantuan segera RM5,000 ($1,510) kepada pemilik kediaman yang rosak teruk. RM2,500 untuk mereka yang mengalami kesan kurang serius.

* Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sahkan siasatan awal mendapati tiada aktiviti pembinaan dilakukan pada tarikh berlakunya insiden letupan saluran paip gas. Namun CIDB menarik balik kenyataan kemudian bagi menghormati proses siasatan.

* Polis siasat syarikat pembinaan yang dikaitkan dengan insiden kebakaran saluran paip gas Petronas di Putra Heights.

* JBPM buat pemeriksaan di dalam kawasan kawah yang terbentuk di lokasi kebakaran saluran paip gas.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg