Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Lagi kanak-kanak maut tertinggal dalam kereta

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Lagi kanak-kanak maut tertinggal dalam kereta

Feb 01, 2024 | 12:53 PM



Hancur luluh hati seorang ibu apabila anaknya berusia lima tahun meninggal dunia selepas beliau tertinggalkannya di dalam kereta kira-kira empat jam.

Dalam kejadian pada 30 Januari itu, kanak-kanak tersebut ditemui tidak sedarkan diri di dalam kereta ibunya yang diletak berdekatan pintu belakang Hospital Shah Alam, Selangor, yang juga tempat kerja wanita itu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Timbalan Pesuruhjaya (DC) Mohd Iqbal Ibrahim, berkata polis menerima laporan berhubung insiden itu daripada seorang pegawai perubatan di hospital tersebut pada 8.01 malam hari itu.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kanak-kanak itu ditinggalkan ibunya secara tidak sengaja di dalam kereta jenis Perodua Axia itu selepas mangsa diambil dari tajaka berdekatan sekitar 2 petang.


“Ketika ditinggalkan, mangsa dikatakan berada dalam keadaan tertidur dan enjin kereta dimatikan.

“Ibu mangsa, yang berusia 34 tahun dan juga kakitangan hospital itu, dipercayai hanya menyedari insiden terbabit selepas dihubungi suaminya pada 6 petang.

“Mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Kecemasan, Hospital Shah Alam, dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia setelah usaha menyelamatkan mangsa dilakukan,” kata DC Mohd Iqbal dalam satu kenyataan pada 1 Februari.

Menurutnya, bedah siasat sudah dijalankan dan sedang menunggu hasil penyiasatan makmal.

Hasil pemeriksaan awal ke atas kanak-kanak itu mendapati tiada sebarang kecederaan luaran mahupun dalaman padanya.

Kejadian ini berlaku hampir tiga bulan selepas kes serupa di Selangor, apabila seorang kanak-kanak berusia dua tahun meninggal dunia selepas ibunya tidak sengaja meninggalkannya di dalam kereta lebih tujuh jam.

Ibu berusia 30-an tahun itu memandu dua anaknya ke sekolah sebelum ke tajaka untuk menghantar anak perempuannya yang berusia dua tahun pada 8 November 2023.

Sebaik-sebaik tiba di tajaka itu beliau berhenti sebentar untuk menyelesaikan urusan perniagaan dalam talian hingga terlupa menurunkan anaknya.

Si ibu kemudian terus pulang ke rumah dan hanya menyedari anaknya, yang dalam keadaan tidak sedarkan diri, berada di dalam kereta pada 3.35 petang.

Dua lagi kejadian serupa berlaku di Malaysia pada Oktober 2023.

Pada 25 Oktober, seorang kanak-kanak perempuan berusia 16 bulan meninggal dunia selepas bapanya meninggalkannya secara tidak sengaja di dalam kereta selama berjam-jam di sebuah universiti awam di Terengganu.

Pada 5 Oktober, seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan bulan maut selepas ditinggalkan di dalam kereta selama 10 jam di Kuala Lumpur.

Ibunya, seorang doktor di sebuah hospital, meletakkan anaknya di tempat duduk belakang untuk membawanya ke tajaka.

Bagaimanapun, ibu terus ke tempat kerja tanpa menyedari beliau belum menurunkan anaknya di tajaka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >