Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lagi kes buli pelajar sekolah disiasat polis Selangor

May 6, 2025 | 11:23 AM
GiatMara di Durian Tunggal, Melaka
Tangkap layar video tular menunjukkan seorang pelajar GiatMara di Durian Tunggal, Melaka, dipercayai dibuli beberapa rakan pelajar lain pada Februari, namun kes dikatakan sudah selesai apabila pembuli meminta maaf kepada mangsa. - Foto tangkap layar TIKTOK MASDO21

KUALA LUMPUR: Polis menyiasat dakwaan seorang pelajar lelaki tingkatan dua yang menjadi mangsa buli dan pukul pelajar lain di sebuah sekolah di USJ 4, Subang Jaya, Selangor, sejak April lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Penolong Pesuruhjaya Wan Azlan Wan Mamat, berkata polis menerima laporan daripada bapa mangsa yang berusia 43 tahun pada 2 Mei, setelah mengetahui kejadian itu sudah berlaku berulang kali kepada anaknya.

Wan Azlan berkata mangsa memaklumkan kepada bapanya pada 2.30 petang hari yang sama bahawa dia telah dipukul oleh seorang pelajar di sekolah berkenaan.

“Pada 29 April lalu semasa mangsa berada di dalam kelas, seorang pelajar telah datang dan terus menumbuk mukanya.

“Kejadian kedua berlaku pada 2 Mei lalu dan mangsa menyatakan bahawa (dia) telah didatangi tiga lagi pelajar di sekolah itu yang menolak pengadu hingga berlaku pergelutan,” menurutnya dalam satu kenyataan, lapor Malaysiakini.

Dalam perkembangan berkaitan kes buli yang tular baru-baru ini melibatkan mangsa seorang pelatih Orang Kurang Upaya (OKU) di GiatMara Durian Tunggal, Melaka, ia sudah diselesaikan antara mangsa dengan semua pelajar terlibat.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Encik Rahmad Mariman, berkata kejadian yang berlaku pada Februari sudah diselesaikan, namun hanya tular sejak beberapa hari lalu.

Beliau berkata berdasarkan siasatan, pelajar yang terlibat sudah dipanggil oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara).

“Pihak Mara telah pun mengambil keterangan, malah semua pelajar terlibat juga telah meminta maaf dan mereka meneruskan kursus kemahiran, menjalani latihan loji dan kes terbabit dianggap selesai.

“Pelatih yang didakwa dibuli itu juga tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Terdahulu media Malaysia melaporkan seorang pengguna TikTok @masdo21 memuat naik sebuah video mengenai pelajar OKU lelaki yang mempunyai masalah pembelajaran telah menjadi mangsa buli di GiatMara Durian Tunggal.

Menerusi video selama dua minit itu, mangsa dipercayai dibuli beberapa pelajar lain apabila dibaling botol air ketika sedang tidur, selain motosikalnya diangkat dan disimpan di dalam sangkar.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg