Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Lagi kes salah laku polis M’sia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Lagi kes salah laku polis M’sia

Pegawai polis antara 7 ditahan disyaki terbabit kes culik
Jan 18, 2024 | 04:51 PM



KUALA LUMPUR: Nampaknya berturut-turut kes membabitkan salah laku polis di Malaysia mutakhir ini.


Dalam kes terbaru, seorang pegawai polis merupakan antara tujuh orang yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes penculikan seorang lelaki warga Bangladesh dalam kejadian di Bandar Seri Sendayan di Seremban, Negeri Sembilan, minggu lalu.

Mangsa yang juga seorang ahli perniagaan diculik kerana dikatakan mempunyai hutang RM70,000 ($19,946) berhubung satu urusan imigresen.

Pegawai terbabit yang difahamkan berpangkat inspektor dan bertugas di Perak, dikatakan bersubahat membantu enam suspek lain yang juga warga Bangladesh, termasuk dua yang menculik mangsa pada 10 Januari lalu.

Portal New Straits Times (NST) Malaysia pada 18 Januari yang memetik sumber polis, melaporkan kejadian culik itu dilaporkan kepada pasukan keselamatan berkenaan selepas adik mangsa yang tinggal di ibu kota gagal menghubungi abangnya, sebelum beliau menerima maklumat tentang penculikan itu.


Difahamkan, penculik juga turut mencederakan mangsa dan menuntut wang tebusan RM25,000 untuk pembebasan ahli perniagaan berkenaan.

Bertindak atas laporan adik mangsa, sepasukan polis melakukan serbuan di satu lokasi dan berjaya menyelamatkan lelaki itu, manakala inspektor berkenaan yang bertugas di Perak ditahan di pejabatnya pada 12 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Penolong Pesuruhjaya Arifai Tarawe ketika dihubungi, berkata kesemua tujuh suspek kini ditahan reman untuk siasatan.

Berita Harian pada 16 Januari melaporkan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengeluarkan amaran buat pegawai dan anggotanya supaya menjalankan tugas dengan terhormat supaya pasukan keselamatan itu mendapat kepercayaan dan keyakinan orang ramai.


Ia susulan kes salah laku membabitkan anggota dan pegawai polis semakin kerap dilaporkan mutakhir ini, sehingga menjejas imej dan mencalar maruah pihak keselamatan itu.

Menurut beliau, walaupun jumlah mereka yang terbabit dalam salah laku adalah kecil iaitu kira-kira 2 peratus atau 2,740 orang daripada jumlah keanggotaan 137,000 orang, ia tetap dianggap serius dan perlu dibanteras demi menjaga imej pasukan polis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, pada 17 Januari pula dilaporkan berkata setiap warga JSJ diingatkan untuk tidak mendiamkan diri atau menutup mata terhadap kes ketirisan integriti yang terjadi di sekeliling mereka.

“Kita perlu ambil tahu dan ambil peduli sebarang tindakan rakan atau kenalan di sekeliling kita, kita tidak boleh lagi mengambil sikap jangan menjaga tepi kain orang tetapi kita boleh bersama-sama menjaga dan memelihara rakan-rakan kita daripada terjerumus kepada perkara negatif,” katanya lapor Berita Harian Malaysia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >