Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih 22,400 Al-Quran tanpa kelulusan bernilai RM3.2j dirampas di M’sia

Jul 15, 2024 | 3:16 PM
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (tengah) menunjukkan naskah Al-Quran Braille pada perjumpaan bersama Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran Kementerian Dalam Negeri, di Kuala Nerus, Terengganu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (tengah) menunjukkan naskah Al-Quran Braille pada perjumpaan bersama Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran Kementerian Dalam Negeri, di Kuala Nerus, Terengganu. - Foto FACEBOOK SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL

KUALA NERUS (Terengganu): Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas 22,414 naskhah dan bahan Al-Quran tanpa kelulusan di seluruh Malaysia dalam tempoh enam bulan pertama 2024, membabitkan nilai rampasan lebih RM3.2 juta ($920,000).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata rampasan dilakukan Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan menerusi operasi bermula Januari 2024 itu membabitkan naskhah dan bahan Al-Quran yang dibawa masuk dari negara luar, tanpa mendapat kelulusan Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Percetakan Al-Quran KDN.

“Kemasukan naskhah Al-Quran dari negara mana pun kalau untuk tujuan ia diedarkan dalam negara ini, mereka tertakluk kepada Akta Percetakan Teks Al-Quran 1986 (Akta 326).

“Jadi ini tanggungjawab kami memastikan ketulenan dan itu sangat penting supaya kemuliaan dalam bentuk teks ini dapat terus dipelihara,” katanya selepas perjumpaan dengan Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran (LPPPQ) KDN di Kuala Nerus, Terengganu, lapor Berita Harian Malaysia.

Datuk Saifuddin berkata KDN tidak akan menunggu masalah kesilapan dalam naskhah dan bahan Al-Quran menjadi serius sebaliknya mengambil tindakan proaktif dalam usaha membendung masalah itu.

Katanya penubuhan LPPPQ itu antara usaha KDN untuk memudahkan kawalan terhadap pencetakan, pengimportan, penjualan, penerbitan dan pengedaran kitab suci Al-Quran dan bahan Al-Quran dalam negara daripada sebarang penyelewengan demi menjaga kemuliaan dan kesucian Al-Quran.

“Kita tak tunggu ia serius atau tidak, kita ambil sebagai tanggungjawab kita daripada segi sistem berkerajaan, kita mesti ada sistem yang telah ditetapkan” katanya.

Sementara itu dalam isu berasingan, Datuk Saifuddin berkata KDN akan mengubah sistem penggunaan senjata api bagi anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Langkah itu dilakukan bagi mengelak penyalahgunaan senjata berkenaan terutama selepas waktu bertugas.

Ini ekoran kes mahkamah pada 9 Julai apabila seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 30 tahun di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu atas kesalahan menembak mati rakan yang juga bekas Ketua Bahagian Persatuan Cina Malaysia (MCA) Marang dan cubaan membunuh anak saudara mangsa.

Lelaki itu, Ong Chow Lee, 60 tahun, mengaku salah terhadap dua tuduhan berkenaan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg