Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Bayi 15 bulan maut selepas terjatuh di paya berisi air banjir

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Bayi 15 bulan maut selepas terjatuh di paya berisi air banjir

Dec 22, 2023 | 02:13 PM



RANTAU PANJANG: Niat murni seorang wanita membantu saudaranya membersihkan kedai yang dilanda banjir bertukar tragedi apabila bayi lelakinya berusia 15 bulan ditemui lemas, selepas terjatuh ke dalam paya yang ditakungi air banjir.


Dalam kejadian di Simpang Empat Salam, Rantau Panjang, Kelantan, kira-kira 12.15 tengah hari pada 21 Disember, Firdaus Mohd Faisal tiba-tiba hilang daripada pandangan ibunya, Cik Nabihah Che Muda, sebelum wanita itu ternampak tangan bayinya terkapai-kapai di dalam air.

Cik Nabihah, 21 tahun, berkata beliau membawa Firdaus ke kedai milik saudaranya untuk membantu membasuh kedai selepas teruk dilanda banjir beberapa hari lalu.

Katanya, beliau sentiasa mengawasi anak itu, namun sekelip mata bayinya hilang daripada pandangan sebelum beliau terus bergegas mencari di kawasan sekeliling dan terkejut melihat Firdaus lemas di dalam air.

“Saya cuba membantu dengan menghulurkan tangan untuk menarik Firdaus, namun dia mula tenggelam dan hilang. Saya kemudian memanggil sepupu untuk membantu, namun kami tidak berjaya.

“Saudara saya kemudian segera menelefon bomba untuk meminta bantuan. Suami tidak ada bersama kerana baru dua hari ke Bangkok, Thailand, untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan.

“Selepas dua jam baru jasad anak saya ditemukan. Saya reda, namun masih terkejut. Firdaus satu-satunya cahaya mata yang saya ada,” katanya lapor Berita Harian Malaysia (BHM) pada 21 Disember.


Cik Nabihah berkata beliau tidak biasa dengan kawasan kejadian kerana hanya datang melawat saudaranya beberapa kali, namun tahu bahawa kawasan sebelah kedai adalah paya dengan paras air tinggi ketika banjir.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Encik Shapawi Stapa, berkata mangsa ditemui anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) di dasar paya.

“Bomba mengambil masa selama dua jam untuk menemui mangsa susulan kawasan dipenuhi rumput tebal dan sampah sarap, selain paras air yang tinggi selepas kawasan berkenaan dilanda banjir sejak beberapa hari lalu.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Unit Forensik Hospital Pasir Mas,” katanya.

Sementara itu, menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, setakat 10 pagi 22 Disember, seramai 2,149 mangsa daripada 665 keluarga masih berada di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) di Pasir Mas, Kelantan.

Walaupun cuaca dilaporkan baik dan banjir semakin surut, mangsa masih belum boleh pulang berikutan kediaman mereka masih digenangi banjir.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >