Lebih banyak pihak batalkan rumah terbuka Aidilfitri, ikut saranan penjimatan PM M’sia

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih banyak pihak batalkan rumah terbuka Aidilfitri, ikut saranan penjimatan PM M’sia

Mar 16, 2026 | 3:27 PM

Lebih banyak pihak batalkan rumah terbuka Aidilfitri, ikut saranan penjimatan PM M’sia

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
rumah terbuka, aidilfitri, pm ms’sia, anwar ibrahim
Poster pemakluman pembatalan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri oleh Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm, Sweden. - Foto FACEBOOK KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI STOCKHOLM

Lebih banyak pihak membatalkan rumah terbuka Aidilfitri pada Syawal ini, menyusuli pengumuman Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa Kerajaan Perpaduan tidak akan menganjurkan majlis serupa sebagai langkah penjimatan berikutan ketegangan semasa di Timur Tengah. 

Perwakilan diplomatik Malaysia di luar negara dan parti politik seperti Umno Kelantan, termasuk Ahli Parlimen kerajaan, turut mengambil keputusan yang sama.

Berita Harian Malaysia melaporkan, Umno Kelantan membatalkan rumah terbuka Aidilfitri peringkat negeri pada 2026, sebagai menyahut saranan Datuk Anwar untuk membudayakan amalan berjimat cermat.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub, berkata langkah itu sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan krisis kewangan akibat situasi ekonomi dunia.

“Selain rumah terbuka, majlis berbuka puasa dirancang penghujung Ramadan turut ditangguhkan,” katanya kepada media selepas majlis moreh Ramadan bersama pengamal di media Kelantan, pada 15 Mac.

Beliau, yang juga Pengerusi Felcra Berhad, berkata agensi kerajaan itu juga akan mengambil beberapa inisiatif sebagai langkah penjimatan termasuk membatalkan sambutan rumah terbuka Aidilfitri, mengadakan mesyuarat secara dalam talian dan berkongsi kenderaan.

Sementara itu, perwakilan diplomatik Malaysia di luar negara juga membatalkan rancangan majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri bagi mematuhi komitmen kerajaan untuk mengamalkan sikap lebih berjimat cermat dan kesederhanaan dalam perbelanjaan awam di tengah-tengah konflik Asia Barat yang kian meruncing.

Beberapa Kedutaan Besar Malaysia antaranya di Thailand, Brunei, China, Sweden dan Amerika Syarikat mengumumkan pembatalan perhimpunan diaspora Malaysia bersempena dengan sambutan Aidilfitri melalui hebahan di media sosial.

“Susulan kesan ekonomi yang timbul akibat konflik di Asia Barat serta selaras nasihat Perdana Menteri, Kedutaan Besar Malaysia telah memutuskan bahawa sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri bagi 2026 tidak dapat diadakan.

“Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira keperluan untuk menyokong usaha kerajaan dalam mengamalkan langkah penjimatan dan pengurusan kewangan yang lebih berhemah dalam situasi semasa,” kata kenyataan Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm, Sweden.

Pada 11 Mac lalu, Datuk Anwar mengumumkan beberapa langkah penjimatan kos kerajaan ketika konflik di Asia Barat antaranya memutuskan semua agensi kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) tidak akan menganjurkan majlis rumah terbuka Aidilfitri.

Selain itu, anggota pentadbiran dan jabatan kerajaan juga dihadkan daripada lawatan atau kunjungan ke luar negara.

“Langkah ini memberi mesej bahawa perbelanjaan perlu dilakukan secara lebih cermat dan sederhana. Walaupun ada yang mempersoalkan keperluannya ketika keadaan bekalan minyak dan gas masih mencukupi, kerajaan mengambil pendekatan berjaga jaga serta mengamalkan langkah berjimat cermat,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg