Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Lelaki cuba tembak isteri di KLIA didakwa di Kelantan atas 7 tuduhan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Lelaki cuba tembak isteri di KLIA didakwa di Kelantan atas 7 tuduhan

Apr 24, 2024 | 02:08 PM



KOTA BHARU: Lelaki yang cuba menembak isterinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan, pada 24 April atas tujuh tuduhan termasuk memiliki senjata api.


Bagaimanapun tertuduh, Hafizul Hawari, 38 tahun, seorang pengurus syarikat agensi pelancongan, mohon dibicarakan terhadap semua tuduhan yang dibacakan di depan Hakim Nik Habri Muhamad.

Mengikut tuduhan pertama, tertuduh didakwa memiliki senjata api jenis pistol tertulis Glock 19 Austria, yang menyalahi Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.


Bagi tuduhan kedua, Hafizul didakwa memiliki 33 butir peluru PMC 380 Auto tanpa lesen sah mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 8 akta sama.


Mengikut tuduhan ketiga, dia didakwa memiliki satu bungkusan plastik yang mengandungi mercun bola tanpa permit dan ia kesalahan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Tuduhan lain termasuk memiliki tiga kad pengenalan milik tiga individu lain dan memandu kereta Honda Civic putih yang menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Kesemua tuduhan itu didakwa dilakukan di dalam kereta Honda Civic di pekarangan KPJ Perdana Specialist Hospital Kota Bharu, Kelantan, pada 2 petang, 15 April lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Encik Ahmad Faiz Fitri Mohamad, dan Cik Siti Edabayu Subhan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Mahkamah turut membenarkan tertuduh ditahan reman di Penjara Sungai Buloh, Selangor, dan menetapkan 23 Mei sebagai tarikh sebutan semula kes.

Dalam kejadian 14 April lalu, Hafizul melepaskan dua das tembakan ke arah isterinya di Terminal 1 KLIA, namun terkena pengawal peribadi wanita itu.

Kejadian berlaku semasa isteri suspek sedang menunggu jemaah umrah di Balai Ketibaan Antarabangsa KLIA Terminal 1. Satu tembakan tersasar mengenai perut pengawal peribadi, Encik Muhammad Nur Hadith.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >