Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Lelaki lari dari operasi polis di Selangor ditemui lemas

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Lelaki lari dari operasi polis di Selangor ditemui lemas

Apr 18, 2024 | 01:09 PM



KUALA SELANGOR: Seorang lelaki ditemui lemas selepas cuba melarikan diri daripada operasi polis di Jalan Bagan Sungai Yu, Pasir Penambang, di Kuala Selangor, Selangor, pada 17 April.


Mayat lelaki berusia 43 tahun itu ditemui pada 12.16 tengah hari, kira-kira 700 meter dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Encik Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata sepasukan lapan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor dikejarkan ke lokasi sebaik menerima laporan mengenai kejadian.

“Menurut laporan awal, mangsa dipercayai lemas di dalam sungai ketika operasi tangkapan dilakukan polis.

“Kerja pencarian kemudian dijalankan dengan bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA),” katanya lapor Buletin TV3.


Menurut Encik Ahmad Mukhlis, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu dalam satu kes berasingan di Shah Alam, Selangor, satu mayat lelaki ditemui di dalam mesin pembancuh simen di sebuah kilang di Seksyen 35 pada 17 April.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Penolong Pesuruhjaya Mohd Iqbal Ibrahim, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira 11.44 pagi daripada orang awam yang terjumpa satu mayat di dalam mesin pembancuh simen.

“Pemeriksaan forensik mendapati tangan kanan dari paras siku dan kepala terputus.

“Tiada kesan pergelutan dan kecederaan lain pada tubuh si mati yang boleh menyebabkan kematian mangsa.

“Mangsa dipercayai terjatuh ke dalam tangki bancuhan simen dan terkena bilah pembancuh simen,” katanya lapor Berita Harian Malaysia.


Encik Mohd Iqbal berkata identiti mangsa dikenal pasti oleh waris melalui tatu pada lengan sebelah kiri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >