Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Logo pada tapak kasut tidak menyamai kalimah Allah dalam aspek seni khat: Pakar

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Logo pada tapak kasut tidak menyamai kalimah Allah dalam aspek seni khat: Pakar

Apr 09, 2024 | 11:47 AM



KUALA LUMPUR: Logo pada tapak kasut keluaran jenama Vern’s yang didakwa seakan-akan kalimah Allah, tidak menyamai kalimah suci itu dalam aspek seni penulisan khat, tegas pakar tulisan khat, Profesor Madya Dr Nor Azlin Hamidon.

Beliau yang juga Pensyarah Bidang Pengajian Budaya Seni Visual, Pengkhususan Seni Islam dan Seni Khat dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), berkata ini kerana logo berkenaan mempunyai lebihan garisan yang merosakkan penulisan kalimah Allah.

“Dari sudut pendapat khattat (penulis atau pakar khat), logo berkenaan dilihat tidak menepati sebarang kaedah penulisan khat yang diterima secara tradisi dan reka bentuknya adalah dalam kategori khat bebas.

“Kemungkinan ia tidak disengajakan dari aspek reka bentuk kasut tumit tinggi berkenaan,” kata beliau yang merupakan Timbalan Yang Dipertua Persatuan Seni Khat Kebangsaan, lapor Berita Harian Malaysia.


Sebelum ini tular satu video selama tiga minit menerusi media sosial mengenai seorang lelaki yang mendakwa kasut Vern’s dibelinya memaparkan logo seakan-akan kalimah Allah pada bahagian tapak kasut berkenaan.

Dr Nor Azlin berkata kekeliruan berlaku apabila bentuk logo itu hanya melakar dua ‘outline’ badan kasut tumit tinggi dan ‘loop’ atau garis putaran yang mewakili tali kasut seperti dinyatakan oleh pihak jenama kasut terkenal berkenaan.

“Bentuk putaran tali pada logo kelihatan kalimah Allah yang lengkap terutama pada bentuk garis seakan tulisan huruf jawi ‘ha’ (bahagian hujung putaran yang bersambung dengan bentuk kasut tumit tinggi).

“Itu adalah bentuk tambahan yang menjadikan titik punca masalah berbentuk kalimah Allah.

“Garis putaran itu juga bersifat nipis pada garis putaran pertama, seolah-olah menyerupai tulisan huruf jawi ‘alif’ sehingga kelihatan ia hampir terputus atau tidak bersambung. Itu yang menyebabkan orang boleh membacanya seperti kalimah Allah,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata sekiranya reka bentuk logo itu tidak disengajakan oleh pihak jenama kasut berkenaan, maka ia perlu diperbaiki untuk mengelakkan isu sensitif ini terus berlaku.

Dr Nor Azlin turut berharap supaya hal itu dijadikan pengajaran serta tidak diulangi oleh semua pihak pereka bentuk barangan mahupun produk dalam mana-mana bidang.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Seni Khat Kebangsaan, Dr Abd Rahman Hamzah, berkata lakaran atau rekaan yang tertera di tapak kasut berkenaan tidak jelas dan tidak terkait dengan kalimah Allah, selain bentuknya terlalu samar dan banyak kemungkinan untuk mentafsir logo itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >