KAJANG: Sebuah lori sampah dipercayai terbabas dan merempuh tiga rumah di Taman Bukit Mewah, Kajang, Selangor, pada 17 Disember.
Ketua Polis Daerah Kajang, Penolong Pesuruhjaya Naazron Abdul Yusof, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 3.40 petang.
“Siasatan mendapati pemandu lori bersama tiga pekerja sedang menjalankan tugas mengutip sampah di kawasan berkenaan.
“Secara tiba-tiba pemandu lori itu dipercayai hilang kawalan lalu terlanggar tiga rumah di kanan jalan,” katanya dalam satu kenyataan pada 18 Disember, lapor The Star.
Menurut beliau, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.
Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg