Mahathir ke pusat beli belah nikmati ice chocolate selepas 22 hari di wad

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mahathir ke pusat beli belah nikmati ice chocolate selepas 22 hari di wad

Jan 27, 2026 | 5:20 PM

Mahathir ke pusat beli belah nikmati ice chocolate selepas 22 hari di wad

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Dr Mahathir, wad, sakit
Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan) keluar sebentar dari wad di Institut Jantung Negara (IJN) ke sebuah kafe di pusat beli belah Pavilion Damansara, Kuala Lumpur, pada 27 Januari, dan menikmati air coklat ais. - Foto FACEBOOK DR MAHATHIR MOHAMAD

Perkembangan kesihatan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, positif apabila beliau dilihat mengunjungi sebuah kafe di pusat beli belah Pavilion Damansara, Kuala Lumpur, pada 27 Januari.

Setiausaha akhbar beliau, Encik Sufi Yusoff, yang berkongsi perkembangan itu, berkata ia adalah penampilan pertama pemimpin itu di kawasan terbuka, selepas 22 hari mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur, akibat terjatuh di kediamannya pada 6 Januari lalu.

Menurut Encik Sufi, Dr Mahathir belum dibenarkan keluar wad dan masih mendapatkan rawatan di IJN.

“Hanya keluar sebentar untuk minum kopi (coklat ais). Ini adalah kemunculan pertama beliau di tempat awam selepas 22 hari (mendapatkan rawatan). Tidak, beliau masih belum (dibenarkan) keluar wad,” katanya di aplikasi WhatsApp.

Keluar sebentar daripada wad untuk bersantai menandakan satu pencapaian penting dalam proses pemulihan Dr Mahathir yang mengalami patah tulang pinggul selepas terjatuh.

Berdasarkan pemerhatian menerusi gambar yang dikongsikan, Dr Mahathir dilihat berkemeja biru dan berkain pelikat serta duduk di atas kerusi roda.

Beliau turut dibantu beberapa pegawai perubatan IJN, dan ditemani oleh isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, yang juga berkerusi roda.

Walaupun berkerusi roda, Dr Mahathir kelihatan stabil dan ceria.

Beliau kemudian diiringi kembali semula ke IJN oleh Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Profesor Datuk Seri Dr Mohamed Ezani Md Taib dan pegawai perubatan lain, selepas kira-kira 40 minit di kafe berkenaan.

Mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4 dan ke-7 itu dimasukkan ke IJN pada 6 Januari lalu, selepas terjatuh di kediamannya kira-kira 9.30 pagi, ketika melakukan rutin senaman harian.

Negarawan itu sebelum ini pernah dirawat di IJN pada 13 Julai 2025 kerana keletihan, namun beliau dibenarkan pulang pada hari yang sama.

Kerana faktor usia yang sudah mencapai 100 tahun, pakar perubatan tidak menganjurkan Dr Mahathir menjalani sebarang pembedahan, sebaliknya beliau dirawat dengan menjalani proses pemulihan secara fisioterapi, yang dijangka mengambil masa agak panjang.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg