Pemulihan Mahathir memuaskan, tapi fisioterapi dijangka panjang

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemulihan Mahathir memuaskan, tapi fisioterapi dijangka panjang

Jan 20, 2026 | 5:26 PM

Pemulihan Mahathir memuaskan, tapi fisioterapi dijangka panjang

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Tun Dr Mahathir Mohamad, Mahathir semakin pulih, fisioterapi
Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad. - Foto fail

Pasukan perubatan yang merawat Tun Dr Mahathir Mohamad berpuas hati dengan kemajuan pemulihan mantan Perdana Menteri itu setakat ini.

Bagaimanapun, rawatan fisioterapi yang sedang dijalankan dijangka memerlukan tempoh yang agak panjang.

Dalam kenyataan pada 20 Januari, Setiausaha Akhbar beliau, Encik Sufi Yusoff, memaklumkan penilaian tersebut dibuat setelah 14 hari Dr Mahathir menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, selepas mengalami patah tulang pinggul kanan.

“Pihak perubatan dan doktor pakar buat masa ini berpuas hati dengan tahap kemajuan proses pemulihan dan rawatan yang dijalankan selepas 14 hari Dr Mahahtir dimasukkan ke IJN.

“Bagaimanapun proses pemulihan secara fisioterapi ini tetap dijangka akan mengambil masa yang agak panjang,” katanya dalam kenyataan itu.

Keluarga Dr Mahathir merakamkan penghargaan kepada orang ramai yang sentiasa bertanya khabar dan mendoakan kesihatan beliau.

“Pihak keluarga juga memohon maaf kerana atas nasihat pakar perubatan, ziarah terhad hanya kepada keluarga terdekat buat masa ini,” menurut kenyataan itu.

Dr Mahathir dimasukkan ke IJN pada 6 Januari lalu selepas terjatuh di kediamannya ketika melakukan rutin senaman dan kini menjalani rawatan fisioterapi tanpa pembedahan.

Sebelum ini, anak Dr Mahathir, Datuk Seri Mukhriz, menjelaskan pembedahan bukan pilihan utama dalam rawatan negarawan itu, mengambil kira faktor usia serta keseluruhan tahap kesihatannya.

Sebaliknya, beliau berkata Dr Mahathir akan menjalani proses pemulihan biasa, yang dijangka memakan masa dua hingga tiga minggu, bagi memastikan beliau sembuh selamat dan berperingkat.

Dr Mahathir, Perdana Menteri Malaysia paling lama berkhidmat (22 tahun) dan pernah menjadi Perdana Menteri tertua ketika memegang jawatan itu buat kali kedua pada 2018, mencapai usia 100 tahun pada 10 Julai 2025.

Mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4 dan ke-7 itu pernah dirawat di IJN pada 13 Julai 2025 kerana keletihan, namun beliau dibenarkan pulang pada hari yang sama.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg