Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Masjid, surau di Selangor diminta sedia penyata kewangan tahunan beraudit

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Masjid, surau di Selangor diminta sedia penyata kewangan tahunan beraudit

Dec 08, 2023 | 11:55 AM



KLANG: Semua masjid dan surau di Selangor diminta menyediakan penyata kewangan tahunan beraudit untuk diperiksa dan disemak agar pengurusannya dilaksanakan dengan tatakelola yang cekap dan bebas ketirisan atau salah guna.


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, mengarahkan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) untuk memastikan semua masjid dan surau mematuhi keperluan itu, sebagai langkah meningkatkan integriti dan kredibiliti pentadbiran mereka.

Kata beliau, pentadbir masjid dan surau yang tidak mengambil berat terhadap pengurusan kewangan, perolehan dan pengurusan aset akan menyebabkan masyarakat kurang yakin tentang kredibiliti serta integriti pentadbiran mereka.

“Saya yakin masjid dan surau yang mempunyai sistem pengurusan kewangan yang baik akan lebih diyakini dan berterusan mendapat kepercayaan masyarakat untuk terus memberi sumbangan serta infaq mereka,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasmi pada 7 Disember.

Beliau terdahulu berkenan untuk melancarkan Buku Garis Panduan Pengurusan Kewangan, Perolehan dan Aset Masjid dan Surau Negeri Selangor Tahun 2023 di Istana Alam Shah, Selangor, pada 7 Disember.

Susulan itu Sultan Selangor berharap pentadbir masjid dan surau dapat mematuhi dan melaksanakan semua ketetapan yang digariskan di dalam garis panduan itu.

Sultan Sharafuddin berkata dengan pelancaran buku garis panduan yang diterbitkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) itu, adalah disarankan keperluan semasa disusun dengan beberapa penambahbaikan bagi meningkatkan tahap tatakelola dan tadbir urus yang cekap.

“Pengurusan perolehan juga perlu diurus dengan tatakelola yang betul agar tidak melibatkan ketirisan, penyelewengan dan salah guna kuasa,” katanya.

Sultan Selangor berkata bagi memastikan ketetapan itu difahami, Mais dan Jais diminta melaksanakan program latihan yang intensif serta berterusan dengan menerapkan kaedah latihan yang bersesuaian dengan latar belakang pentadbir.

“Saya berharap agar buku garis panduan ini juga akan menjadi rujukan penting untuk meningkatkan mutu pengurusan kewangan bagi mengangkat integriti dan kemuliaan masjid serta surau sebagai institusi masyarakat yang dihormati melalui amalan tatakelola yang kemas dan teratur,” katanya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >