Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MB Johor minta bantu cari kanak-kanak hilang

Jul 22, 2024 | 1:53 PM
kanak-kanak hilang
Albertine Leo Jia Hui, enam tahun, dilaporkan hilang di pusat perniagaan Eco Galleria, Iskandar Puteri, sejak 20 Julai. - Foto POLIS DIRAJA MALAYSIA

JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, meminta orang ramai membantu memberi sebarang maklumat bagi membantu mengesan seorang kanak-kanak perempuan yang hilang di pusat perniagaan Eco Galleria, Iskandar Puteri, Johor Bahru, pada 20 Julai.

Beliau berkata mereka yang menemui, Albertine Leo Jia Hui, enam tahun, atau mempunyai sebarang maklumat mengenainya diminta segera melaporkan di balai polis berhampiran.

“Saya telah menerima laporan berkenaan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang hilang pada 8.30 malam, 20 Julai lalu, akibat terpisah daripada keluarga ketika acara Bon Odori di Eco Galleria, Iskandar Puteri.

“Polis sedang berusaha untuk mencari dan mengesan kanak-kanak tersebut. Saya juga memohon orang ramai yang mempunyai maklumat atau menemui kanak-kanak itu sila laporkan segera di balai polis berhampiran.

“Semoga dipermudahkan segala urusan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, lapor Berita Harian Malaysia.

Leo disedari hilang oleh bapanya, seorang peniaga, yang menyertai festival Maqan x Bon Odori, yang berlangsung tiga hari dari 20 Julai.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Penolong Pesuruhjaya (AC) M. Kumarasan, dilaporkan berkata Leo berketinggian kira-kira 120 sentimeter, berambutnya panjang berwarna hitam, berkulit cerah dan bertubuh kurus sederhana.

AC Kumarasan berkata kanak-kanak berkenaan memakai kemeja-T putih dengan gambar ‘Mickey Mouse’ di bahagian dada dan seluar pendek.

Orang ramai yang menjumpai atau mempunyai maklumat mengenai kedudukan Leo boleh menghubungi balai polis berdekatan atau Pegawai Penyiasat Inspektor Ridzuan Abd Hadi di talian 017-7051097 atau talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri 019-279-2095 atau Bilik Gerakan 07-221-2999.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg