Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

M’sia hampiri status negara maju, berpendapatan tinggi

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

M’sia hampiri status negara maju, berpendapatan tinggi

Mar 11, 2024 | 12:42 PM



KUALA NERUS (Terengganu): Malaysia berada pada landasan tepat ke arah status negara maju dan berpendapatan tinggi dalam tempoh 10 tahun.


Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, berkata peningkatan tahap produktiviti bagi setiap pekerja di Malaysia kepada RM96,692 ($27,540) pada 2023, berbanding RM95,858 pada 2022, antara pencapaian yang meletakkan Malaysia hampir kepada sasaran berkenaan.

Beliau berkata bilangan pekerja turut menunjukkan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 2.5 peratus dengan jumlah seramai 16.3 juta orang.

Katanya ia menggambarkan pasaran tenaga kerja yang stabil dan peningkatan kegiatan ekonomi, selain mencerminkan trajektori positif pewujudan peluang pekerjaan baru.

“Pencapaian ini adalah hasil kerjasama semua pihak di sektor awam dan swasta yang mana usaha sama ini perlu diteruskan dan diperkukuhkan pada masa hadapan agar sasaran dan matlamat negara boleh dicapai.

“Hasilnya dinikmati bersama kepada perkhidmatan awam, pemain industri, anak-anak kita dan generasi akan datang,” katanya pada Majlis Perasmian Persidangan MyMudah 2024 Peringkat Negeri Terengganu, lapor Berita Harian Malaysia.


Tan Sri Mohd Zuki berkata pencapaian dan kedudukan Malaysia di arena antarabangsa menjadi bukti bahawa kepimpinan, dasar dan tindakan strategik negara berkesan.

Katanya perkembangan ekonomi negara ketika ini menjurus kepada pencapaian sasaran seperti diaspirasikan dalam kerangka Ekonomi Madani untuk Malaysia berada antara 30 ekonomi terbesar dunia dan 12 negara paling berdaya saing dalam tempoh 10 tahun.

“Dalam Laporan Indeks Inovasi Global (GII) Tahun 2023, Malaysia kekal di kedudukan ke-36 daripada 132 negara dengan peningkatan skor keseluruhan kepada 40.9 berbanding 38.7 pada 2022.

“Malaysia merekodkan peningkatan kedudukan sebanyak tujuh anak tangga kepada kedudukan ke-27 dalam Laporan Kedudukan Daya Saing Dunia 2023 berbanding tempat ke-32 pada 2022,” katanya.

Menurut Tan Sri Mohd Zuki, kerajaan juga sedang melaksanakan daya usaha mempercepat usaha menoktahkan kemiskinan tegar.

Pengenalan Pangkalan Data Utama (Padu) oleh Kementerian Ekonomi memastikan tidak berlaku ketirisan dan bantuan serta subsidi sampai kepada golongan sasaran yang benar-benar memerlukan.

“Di Terengganu, terdapat 8,057 keluarga miskin tegar dan lebih 30,000 keluarga miskin dan saya harap inisiatif yang sedang dilaksanakan akan menoktahkan kemiskinan tegar di Terengganu menjelang akhir 2024,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >