SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

M’sia hantar 30 kontena bantuan ke Gaza bagi 100,000 penduduk Palestin

M’sia hantar 30 kontena bantuan ke Gaza bagi 100,000 penduduk Palestin

Apr 7, 2026 | 2:02 PM

M’sia hantar 30 kontena bantuan ke Gaza bagi 100,000 penduduk Palestin

bantuan Gaza, bantuan kemanusiaan Malaysia, penduduk Palestin, Gaza, Palestin
Petugas menyiapkan barangan bantuan dari Malaysia untuk misi kemanusiaan ke Gaza. - Foto UNIT MEDIA GLOBAL SUMUD FLOTILLA

PUTRAJAYA: Malaysia terus memperkukuh komitmen dalam misi kemanusiaan antarabangsa apabila menggerakkan bantuan berskala besar ke Gaza dengan matlamat meringankan penderitaan penduduk Palestin yang terperangkap dalam konflik berpanjangan.

Ketua ‘Misi Kemanusiaan 30 Kontena Malaysia ke Gaza’, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata misi berkenaan digerakkan atas dasar keamanan dan kemanusiaan.

Menurutnya ia membabitkan penghantaran lebih 300 tan bantuan melalui 30 kontena hasil sumbangan orang ramai, syarikat, kerajaan negeri serta Kerajaan Persekutuan.

Beliau yang juga Menteri Besar Selangor berkata bantuan itu dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 100,000 penduduk Gaza, selain membuka laluan lebih luas kepada kemasukan bantuan antarabangsa yang sebelum ini sering tersekat.

“Misi ini bukan isu baru, sebaliknya penderitaan rakyat Gaza sudah berlarutan puluhan tahun dan memerlukan pembelaan segera daripada masyarakat dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran ‘Misi Kemanusiaan 30 Kontena Malaysia ke Gaza’ dan pelepasan peserta Malaysia ke misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada petang 6 April, lapor Berita Harian Malaysia.

Datuk Amirudin akan mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengetuai sidang khas di pintu sempadan Rafah di Mesir untuk menyatakan pendirian tegas Malaysia terhadap isu kepungan Gaza, seterusnya memantau pelepasan delegasi Sumud Nusantara di Pelabuhan Barcelona, Sepanyol.

Beliau berkata selain bantuan kecemasan melalui laluan darat ke Rafah, Malaysia turut menyertai misi GSF 2.0 yang akan digerakkan dari Barcelona dalam masa terdekat sebagai usaha memecahkan kepungan ke atas Gaza.

Terdahulu, media Malaysia melaporkan misi GSF 2.0 akan berlepas dari Barcelona ke Gaza pada 12 April, bagi memastikan pelepasan kontena di Kahirah berjalan selamat.

Katanya, misi berkenaan dilihat sebagai simbol sokongan dan perpaduan Malaysia bersama masyarakat antarabangsa dalam membawa mesej keamanan serta memperjuangkan kebebasan Palestin.

“Dalam masa sama, rakyat Malaysia diseru untuk terus memberikan sokongan dan doa kepada pasukan yang terbabit, selain tidak mudah terpengaruh dengan maklumat tidak sahih di media sosial,” kata Datuk Amirudin.

Untuk misi GSF kali ini, beberapa selebriti yang pernah menyertai pelayaran GSF kembali bersama antaranya aktivis yang juga mantan pelakon Malaysia, Cik Ardell Aryana; Cik Nur Heliza Helmi dan Cik Hazwani Helmi; wartawan agensi berita nasional Bernama, selain beberapa tenaga pakar perubatan dan kejuruteraan Malaysia.

Delegasi pelayaran GSF kali ini dijangka menghimpunkan lebih 70 kapal dan 1,000 peserta dari seluruh dunia.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg