Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

M’sia kecam serangan Israel terhadap kemudahan kesihatan di Gaza

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

M’sia kecam serangan Israel terhadap kemudahan kesihatan di Gaza

Nov 23, 2023 | 02:41 PM



KUALA LUMPUR: Malaysia menyahut seruan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk usaha kolektif bagi mengakhiri konflik dan malapetaka kemanusiaan di Gaza.


Sehubungan itu, Malaysia dengan tegas mengutuk pelbagai serangan ke atas kemudahan penjagaan kesihatan di Gaza oleh Pasukan Pendudukan Israel (IDF) yang mengakibatkan beratus-ratus penduduk Palestin cedera.

Dalam satu kenyataan oleh Kementerian Luar (Wisma Putra) pada Rabu malam, Malaysia turut mengecam serangan terkini ke atas sebuah kemudahan perubatan di bawah Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) dan Hospital Indonesia di Gaza.

“Sasaran berterusan Israel terhadap kemudahan penjagaan kesihatan dan kemudahan penting yang lain adalah suatu pelanggaran terang-terangan terhadap Konvensyen Geneva 1949.

“Ini jelas menunjukkan cubaan untuk menghapuskan sepenuhnya penduduk Palestin.

“Tindakan keji oleh IDF harus dihentikan serta-merta. Jumlah kematian yang semakin meningkat dan penderitaan penduduk Gaza yang sangat teruk menuntut tindak balas kukuh dengan segera,” menurut kenyataan itu, lapor Berita Harian Malaysia (BHM) pada Rabu.


Kenyataan itu memaklumkan Malaysia juga mengulangi seruannya kepada masyarakat antarabangsa untuk mempertanggungjawabkan Israel atas tindakan tidak berperikemanusiaan itu dan menuntut Israel menghormati kemudahan penjagaan kesihatan mengikut undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

“Malaysia terus berpegang teguh pada pendiriannya yang berprinsip bahawa penduduk Palestin berhak memiliki negara sendiri yang bebas dan berdaulat berdasarkan sempadan sebelum 1967 dengan Baitulmakdis Timur sebagai ibu kotanya,” menurut Wisma Putra.

Dalam perkembangan berkaitan, BHM melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan 41 akaun bank Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) dan beberapa entiti syarikat lain berkaitan, dengan jumlah keseluruhan lebih RM15.9 juta ($4.29 juta) pada Rabu.


Ia berhubung siasatan agensi penguatkuasaan itu terhadap dakwaan syarikat pertubuhan amal berkenaan menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai sejak 17 Oktober lalu.

SPRM dalam satu kenyataan pada Khamis berkata pihaknya juga merakam beberapa keterangan saksi penting dan hasil siasatan awal mengenal pasti beberapa isu membabitkan penyelewengan dana dianggarkan berjumlah RM70 juta disalurkan bagi tujuan selain daripada objektif penubuhan syarikat berkenaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >