Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

M’sia muncul hab pusat data terbesar Asia Tenggara pada 2024

Kesemuanya ada 54 pusat data di serata negara dengan nilai pelaburan berjumlah RM103b
Dec 23, 2024 | 5:00 PM
Johor mendahului dari segi kapasiti teknologi maklumat (IT) pusat data di Malaysia.
Johor mendahului dari segi kapasiti teknologi maklumat (IT) pusat data di Malaysia. - Foto SEDENAK TECH PARK

KUALA LUMPUR: Malaysia mengakhiri 2024 sebagai hab pusat data terbesar Asia Tenggara dengan pelaburan berjumlah AS$23 bilion (RM103 bilion / $31.18 bilion).

Malaysia kini mempunyai 54 pusat data yang beroperasi, dengan kapasiti 504.8 megawatt (MW), yang mana Johor mendahului dari segi kapasiti teknologi maklumat (IT), manakala Lembah Klang kekal menjadi pasaran teras.

Antara hab baru lain termasuk Sarawak, Negeri Sembilan dan Kedah, demikian menurut Knight Frank Malaysia.

Knight Frank Malaysia meletakkan Malaysia di tempat pertama dalam kalangan negara-negara di Asia Tenggara dalam Indeks Peluang Pusat Data Sea-5, untuk tahun kedua berturut-turut dengan penggunaan tahunan sebanyak 429 MW.

Dalam Laporan Penyelidikan Pusat Data 2024, firma perundingan hartanah global itu berkata pertumbuhan didorong oleh pelaburan strategik daripada syarikat teknologi terkenal seperti Microsoft, Amazon Web Services, Google dan Oracle berjumlah AS$23 bilion.

Pengarah Urusan Knight Frank Malaysia Group, Encik Keith Ooi, berkata usaha strategik Malaysia dalam infrastruktur digital bukan sekadar rangka tindakan untuk rantau ini, tetapi menyeru pemain global merebut peluang itu.

“Komitmen Malaysia terhadap inovasi teknologi dan kemampanan menjadikannya destinasi pilihan untuk pelaburan pusat data dan model untuk daya tahan ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan, lapor Berita Harian Malaysia.

Beliau berkata Malaysia turut meraikan kejayaan dalam pelaburan pusat data, mengukuhkan kedudukannya sebagai hab digital terkemuka di rantau ini.

Menerusi pelaburan digital berjumlah RM141.72 bilion diperoleh dalam tempoh 10 bulan pertama 2024 – tiga kali ganda daripada jumlah keseluruhan 2023 – Malaysia mentakrifkan semula peranannya dalam landskap teknologi global, dipacu inovasi dan pertumbuhan strategik dalam ekonomi digital.

Knight Frank Malaysia berkata dengan kadar pengambilan tahunan yang mengagumkan sebanyak 429 MW, unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) sebanyak 5.5 peratus untuk 2025, infrastruktur yang kukuh, pelaburan strategik dan dasar berpandangan jauh, membezakan Malaysia dengan negara lain.

Katanya, penguasaan itu mengukuhkan kelebihan daya saing Malaysia dan juga menandakan kesediaan untuk mengekalkan pertumbuhan jangka panjang dalam ekonomi digital.

“Langkah proaktif kerajaan Malaysia termasuk Laluan Lorong Hijau dan Skim Bekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (Cress), memainkan peranan penting dalam membentuk ekosistem pusat data berdaya tahan.

“Pengurangan ketara dalam garis masa untuk bekalan elektrik dan menggalakkan penggunaan tenaga boleh baru akan meningkatkan kesediaan infrastruktur Malaysia dan menekankan komitmennya terhadap kemampanan dan kemajuan teknologi,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg