Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

M’sia sita RM990j, jumlah jenayah dadah sejak 2019

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

M’sia sita RM990j, jumlah jenayah dadah sejak 2019

Mar 15, 2024 | 12:06 PM



KUALA LUMPUR: Malaysia berjaya membanteras jenayah berkaitan dadah bernilai RM990 juta ($281.53 juta) sejak 2019, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.


Beliau berkata menyedari kaitan antara pengedaran dadah, rasuah dengan lain-lain bentuk jenayah terancang, Malaysia kekal teguh dalam melaksanakan strategi berkesan untuk memerangi ancaman berkenaan melalui langkah penguatkuasaan undang-undang yang ketat.

“Selain itu, agensi penguatkuasaan undang-undang kita telah berjaya membongkar 98 makmal sulit dan menahan 351 individu yang terlibat dalam kegiatan haram itu.

“Kita juga telah mencapai kemajuan ketara sejak 2019, tetapi masih banyak kerja yang perlu dilakukan,” katanya lapor Astro Awani.


Beliau berkata demikian dalam ucapan semasa Segmen Peringkat Tertinggi Suruhanjaya Mengenai Narkotik Dadah ke-67 Pejabat Jenayah dan Dadah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNODC) di Vienna, Austria pada 14 Mac.

Datuk Saifuddin berkata dalam mengawal pengedaran dadah dan bahan psikotropik, sebanyak 16,865 kebenaran import dan eksport atau permit telah dikeluarkan sejak 2020 hingga 2023.

“Penemuan makmal analisis mengenai pengesanan bahan baru berfungsi sebagai asas untuk mengawal selia bahan-bahan berkaitan di bawah undang-undang negara kita,” katanya.

Beliau berkata pendekatan proaktif dalam menangani cabaran disebabkan kemunculan ubat dan bahan psikoaktif baru (NPS), selain memastikan langkah kawalan mantap dapat disediakan bagi mengurangkan perluasan dadah dan bahaya yang mungkin timbul.

Datuk Saifuddin berkata Malaysia berikrar meningkatkan kerjasama antarabangsa dan serantau dalam menangani Masalah Dadah Dunia selaras dengan perjanjian serta Pelan Strategik Antidadah 2021-2025 Malaysia.

“Malaysia akan terus mengukuhkan perkongsian dengan negara lain dan organisasi antarabangsa untuk menangkis pembuatan, pengeluaran, pengedaran dan pengedaran haram dadah terlarang.

“Kita akan meneruskan usaha mengembangkan lagi kerjasama dua hala terutama dengan negara jiran terdekat, dan mengambil bahagian secara aktif dalam inisiatif serantau dan global,” katanya.

Dalam pada itu, Datuk Saifuddin merakamkan penghargaan kepada UNODC atas usaha, sokongan dan bantuan selain ucapan tahniah kepada Encik Philbert Abaka Johnson dari Ghana atas pemilihannya sebagai Pengerusi Sesi ke-67 CND.

Menurut beliau, dalam usaha menangani isu berkaitan narkotik, penting untuk semua pihak memanfaatkan kekuatan dan sumber kolektif.


“Dengan berbuat demikian, kita boleh memajukan objektif mempromosi dan melindungi kesihatan, keselamatan awam, keselamatan dan kesejahteraan menyeluruh terhadap semua manusia, selaras dengan matlamat pembangunan mampan,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >