Mufti: Bukan Islam di M’sia perlu patuh larangan guna kalimah, istilah khas Muslim

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mufti: Bukan Islam di M’sia perlu patuh larangan guna kalimah, istilah khas Muslim

Feb 12, 2026 | 3:58 PM

Mufti: Bukan Islam di M’sia perlu patuh larangan guna kalimah, istilah khas Muslim

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Mufti Kedah, masyarakat bukan Islam perlu mematuhi keputusan, larangan penggunaan kalimah dan istilah khusus bagi umat Islam, Malaysia
Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang. - Foto fail NSTP

ALOR SETAR (Kedah): Masyarakat bukan Islam perlu mematuhi keputusan Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI), berkaitan larangan penggunaan kalimah dan istilah khusus bagi umat Islam di Malaysia.

Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang, berkata larangan penggunaan yang diputuskan pada 2008 itu masih berkuat kuasa dan ia wajar dihormati semua pihak.

Katanya, tindakan melanggar keputusan itu boleh menyebabkan berlakunya masalah dan polemik antara umat Islam dengan bukan Islam yang sepatutnya dapat dielak lebih awal.

“Sebenarnya sudah ada keputusan yang dibuat di peringkat kebangsaan dalam muzakarah MKI yang melarang beberapa istilah dalam agama kita digunakan oleh bukan Islam.

“Sudah ada (fatwa), cuma sekarang timbul balik hingga jadi polemik. Jadi kita sepatutnya patuh pada keputusan yang dibuat itu dan diharap tidak berlaku lagi apa yang berlaku (baru-baru ini),” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.

Mengulas lanjut, Syeikh Fadzil berkata keputusan mengenai larangan itu bukan saja diluluskan di peringkat kebangsaan, malah ia turut dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja yang bersetuju.

Antara istilah Islam yang dilarang penggunannya oleh masyarakat bukan Islam di Malaysia ialah, Allah, Rasul, Ilahi, ibadah dan dakwah, manakala bagi kalimah pula termasuk Alhamdulillah, Allahuakbar, insya-Allah, Subhanallah dan masya-Allah.

Walaupun ada orang bukan Islam yang faham dan mahir menggunakan kalimah berkaitan Islam, mereka masih tetap dilarang menggunakan istilah berkenaan.

“Ada kalimah dan istilah yang mereka memang tidak boleh guna sebab sudah ada keputusannya mengenainya dibuat.

“Maka kita berharap saudara kita terutama bukan Islam patuhilah keputusan itu, walaupun mereka duduk dalam masyarakat kita dan mereka biasa, tahu dan pandai guna kalimah tertentu, tapi mereka kena mematuhi keputusan itu agar tidak timbul polemik,” katanya.

Pada 4 Februari lalu, Ahli Parlimen (AP) Perikatan Nasional, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff, mempersoalkan tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Encik Nga Kor Ming, menggunakan kalimah yang sinonim dengan umat Islam pada persidangan Parlimen.

Datuk Siti Zailah yang juga AP Rantau Panjang (Kelantan) menyifatkan tindakan itu bukan saja mengelirukan masyarakat bukan Islam, malah seolah-olah mempermainkan kesucian Islam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg