Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Muhyiddin kembali hadapi 4 tuduhan rasuah bernilai RM232.5j

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Muhyiddin kembali hadapi 4 tuduhan rasuah bernilai RM232.5j

Feb 28, 2024 | 05:46 PM



PUTRAJAYA: Mantan Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin, kembali menghadapi empat tuduhan rasuah bernilai RM232.5 juta ($65.6 juta) selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 28 Februari memutuskan kes berkenaan yang sebelum ini digugurkan, dikembalikan ke Mahkamah Sesyen.


Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail, membuat keputusan itu secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Muhyiddin atas empat tuduhan rasuah terbabit sebelum ini.

Turut bersidang, Hakim Datuk Azmi Ariffin dan Datuk S M Komathy Suppiah.

Datuk Hadhariah berkata Mahkamah Tinggi terkhilaf daripada segi undang-undang apabila memutuskan empat tuduhan itu tidak mendedahkan sebarang kesalahan Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN).

“Mengenai isu dibangkitkan oleh perayu (pendakwaan) bahawa pertuduhan itu tidak cacat, kami menerima hujahan pihak berkenaan. Pada pandangan kami, empat pertuduhan itu adalah jelas.

“Oleh itu tiada keperluan bagi pihak pendakwaan untuk menyatakan cara atau memberikan butiran lanjut bagaimana kesalahan itu dilakukan.

“Kami membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengetepikan arahan Mahkamah Tinggi (yang membebaskan Muhyiddin) dan kes itu dikembalikan ke Mahkamah Sesyen untuk tindakan seterusnya,” katanya lapor Berita Harian Malaysia.


Pada 15 Ogos 2023, Mahkamah Tinggi membebaskan Muhyiddin atas empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk rasuah RM232.5 juta bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan berkenaan selepas membenarkan permohonan Presiden Bersatu itu untuk membatalkan tuduhan terbabit.

Ia susulan empat pertuduhan itu didakwa tidak mendedahkan kesalahan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Muhyiddin didakwa di Mahkamah Sesyen kerana menggunakan kedudukan ketika menjadi Perdana Menteri kelapan untuk suapan RM232.5 juta daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff bagi Bersatu.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya di antara 1 Mac 2020 dengan 20 Ogos 2021.

Selain itu, Pengerusi PN berkenaan masih berdepan tiga tuduhan menerima wang hasil kegiatan haram yang semuanya berjumlah RM200 juta.

Sementara itu, pihak pembelaan Muhyiddin menimbang untuk memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan mengarahkan kes dihadapinya dikembalikan ke Mahkamah Sesyen.

Peguam Muhyiddin, Datuk Hisyam Teh Poh Teik, berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan dalam masa terdekat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >