PETALING JAYA: Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengundur diri daripada peranan sebagai ketua Perikatan Nasional (PN).
Dalam kenyataan ringkas yang dikeluarkan pada 30 Disember, Tan Sri Muhyiddin, yang juga presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata beliau akan meletak jawatan sebagai pengerusi blok pembangkang itu pada 1 Januari 2026.
“Saya telah memutuskan untuk meletak jawatan sebagai pengerusi Perikatan, berkuat kuasa pada 1 Januari 2026. Saya mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan Perikatan kerana memberi sokongan kepada saya sepanjang kepimpinan saya selama lima tahun. Saya mengucapkan yang terbaik untuk kepimpinan Perikatan dan semua parti yang membentuknya,” kata Tan Sri Muhyiddin.
Tan Sri Muhyiddin kekal sebagai presiden Bersatu.
Bersatu kalah teruk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 pada 29 November, mengundang tuntutan supaya Tan Sri Muhyiddin meletak jawatannya.
Tuntutan itu disuarakan oleh majoriti bahagian Bersatu di negeri itu selepas parti tersebut tewas di semua 36 kerusi yang ditandingi.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg