Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Muhyiddin tidak tawar diri pertahan jawatan Presiden Bersatu

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Muhyiddin tidak tawar diri pertahan jawatan Presiden Bersatu

Nov 24, 2023 | 05:31 PM



SHAH ALAM: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dijangka menyaksikan perubahan tampuk kepimpinan selepas Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan tidak akan menawarkan diri untuk bertanding jawatan itu pada pemilihan parti yang dijadual berlangsung pada 2024.


Beliau yang juga Ahli Parlimen (AP) Pagoh, berkata Perhimpunan Agung Bersatu 2023 adalah terakhir yang disertainya sebagai Presiden Bersatu.

Mengulas keputusan itu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata beliau mahu memberi ruang kepada pemimpin pelapis mengambil alih kepimpinan parti mengikut proses demokrasi.

“Pada hari Jumaat yang mulia dan penuh barakah ini, saya ingin mengumumkan bahawa masa untuk saya mewariskan kepimpinan parti kepada barisan yang baru telah pun tiba.

“Saya tidak akan mempertahankan jawatan presiden dalam pemilihan parti yang akan diadakan sebelum hujung tahun hadapan (2024).

“Keputusan ini dibuat untuk memberi ruang kepada pemimpin pelapis Bersatu mengambil alih kepimpinan parti menurut proses demokrasi yang diamalkan oleh parti kita,” katanya lapor Berita Harian Malaysia pada Jumaat.


Pengumuman Tan Sri Muhyiddin yang juga mantan Perdana Menteri ke-8 Malaysia, membuatkan dewan persidangan itu gamat dengan bantahan ahli yang enggan menyaksikan beliau berundur sebagai presiden Bersatu.

Tan Sri Muhyiddin mengucapkan itu pada Perhimpunan Agung Bersatu Kali Ke-6 di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam, Selangor, pada Jumaat.

Sementara itu, Tan Sri Muhyiddin turut mencadangkan kepimpinan parti itu bermusyawarah terlebih dahulu bagi memastikan tokoh-tokoh berpengalaman luas yang ada bersama mempunyai tempat dan peranan dalam barisan kepimpinan parti yang baru nanti.

“Ini penting supaya kekuatan yang ada pada parti kita dapat kita gembleng dengan lebih jitu lagi pada masa hadapan.

“Ini adalah perhimpunan agung kali terakhir saya berdiri di pentas ini sebagai presiden parti. Ini kerana pemilihan parti akan datang akan dibuat di peringkat bahagian terlebih dahulu sebelum perhimpunan agung diadakan.

“Justeru, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua barisan pimpinan dan ahli Bersatu, sekiranya saya melakukan sebarang kesalahan atau kesilapan sepanjang saya memimpin parti. Pesan saya, jagalah parti ini baik-baik,” katanya.

Sementara itu pada sidang media kemudiannya, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata keputusan Tan Sri Muhyiddin sekiranya ingin meletak jawatan sebagai Presiden, tidak akan diterima parti.

“Itu baru cadangan Tan Sri. Kami semua dalam parti sudah bersetuju dengan keputusan Tan Sri untuk tidak mempertahankan jawatan dan kita tidak mencadangkan sesiapa pun dan Tan Sri tetap jadi presiden kita,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >