Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Nahas New Zealand: Telekung dan kek pemberian arwah Aqif kenangan terakhir ibu

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Nahas New Zealand: Telekung dan kek pemberian arwah Aqif kenangan terakhir ibu

Apr 01, 2024 | 12:47 AM



“Arwah ada menghadiahkan saya sepersalinan telekung dan sebiji kek sempena hari jadi saya baru-baru ini. Itu kenangan terakhir,” demikian luahan ibu mangsa nahas di New Zealand, Allahyarham Megat Ashman Aqif Megat Irman Jefni, Cik Noor Aishah Abdul Latif.

Allahyarham Megat Ashman Aqif, 21 tahun, salah seorang daripada dua pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Canterbury terkorban dalam nahas jalan raya di Tasik Tekapo, New Zealand pada 30 Mac.

Ketika ditemui wartawan Sinar Harian di kediamannya di Kampung Melayu, Langkap, Teluk Intan, Cik Noor Aishah berkata beliau baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran pada 12 Mac lalu, manakala Megat Ashman Aqif meraikan hari lahir pada 8 Mac.


“Arwah buat surprise hantar kek (menerusi perkhidmatan penghantaran Lalamove) sempena ulang tahun kelahiran saya.


“Saya ada bercakap tak perlulah Qif (nama timangan Megat Ashman Aqif) belikan telekung, patut simpan...duit banyak nak pakai tapi dia cakap tak apa ibu...Qif nak berkat ibu doakan untuk Qif,” katanya.

Cik Noor Aishah berkata, Allahyarham Megat Ashman Aqif bekerja sambilan di Christchurch.

“Semasa cuti penggal, dia ada mengirimkan duit belanja dan kali terakhir kami berbual kira-kira sejam pada Selasa lepas menerusi panggilan video aplikasi WhatsApp.

“Allahyarham ada meminta doakan dia kerana akan menghadapi peperiksaan. Tiada apa-apa perubahan padanya, macam biasa sahaja berbual. Setiap minggu arwah akan buat panggilan video.

“Cuma menurut abang sulungnya, arwah ada menghantar mesej di WhatsApp baru-baru ini berbual-bual, kebiasaannya jarang sangat dia mesej abangnya,” kata Cik Noor Aishah.

Beliau menambah, kali terakhir bertemu anaknya itu pada Julai 2023 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semasa menghantarnya untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perdagangan di New Zealand.

“Arwah beritahu nak pulang bercuti sempena Aidilfitri tapi saya kata tak perlulah (balik ke Malaysia)... baru lagi pergi ke sana,” katanya.

Cik Noor Aishah berkata beliau mengetahui mengenai kejadian yang menimpa anaknya itu kira-kira 11 pagi pada 30 Mac.

“Aqif anak yang baik. Allah pinjamkan saya selama 21 tahun, (meninggal dunia) dalam bulan Ramadan dia sedang berpuasa,” katanya yang tidak dapat menahan sebak atas pemergian anak kedua dalam lima beradik itu.

Terdahulu, Kementerian Luar menerusi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington dalam satu kenyataan memaklumkan dua pelajar Malaysia maut dalam nahas jalan raya pada 1.45 tengah hari waktu tempatan.

Nahas berkenaan melibatkan lima penuntut Malaysia dan mangsa yang cedera diterbangkan ke Hospital Christchurch, South Islands.

Jurucakap Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington mengesahkan pelajar yang meninggal dunia ialah Megat Ashman Aqif Megat Irman Jefni dan Wan Nur Adlina Alisa, kedua-duanya merupakan penuntut Universiti Canterbury.

Mangsa yang cedera ialah Nur Firas Wafiyyah dan Lya Issable Walton, juga penuntut Universiti Canterbury, manakala Muhamad Faris Mohd Fairusham adalah penuntut Universiti Victoria Wellington.

Datuk Allahyarham Megat Ashman Aqif memaklumkan bapa penuntut itu telah berlepas ke New Zealand bagi urusan pengurusan jenazah anaknya.

Megat Khashusaini Megat Abd. Rahman, 85 tahun, berkata, anaknya Megat Irman Jefni, 49 tahun, memaklumkan hasratnya membawa pulang jenazah anaknya untuk dikebumikan di Perak.

Namun keputusan itu belum muktamad.

“Kami ada cadang, biarlah jenazah dikebumikan di sana kerana jika dibawa balik prosesnya rumit tetapi katanya dia mahu arwah ada ‘tanda’ di sini dan mudah untuk melawat kuburnya nanti, namun semua terserah pada keputusan dia,” kata Megat Khashusain ketika ditemui di rumahnya di Gunung Rapat.

Megat Khashusaini berkata, beliau difahamkan Megat Ashman Aqif berkonvoi bersama dua kenderaan lain yang terdiri rakan-rakannya sebelum kenderaan yang dipandu cucunya di belakang sekali terpisah dari kumpulan konvoi.

“Rupa-rupanya kenderaan arwah telah terlibat dalam kemalangan, difahamkan berlanggar dengan sebuah motosikal dan terbabas,” katanya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >