KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penangguhan kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Encik Najib Tun Razak, yang dipenjarakan, daripada melaksanakan pembayaran ganti rugi sebanyak AS$1.3 bilion ($1.65 bilion) kepada SRC International.

Penangguhan ini berkuat kuasa sementara menunggu keputusan rayuan terhadap penghakiman mahkamah yang dikeluarkan pada Mac lalu.