Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Najib kemuka bukti jalani hukuman penjara di rumah

Dec 5, 2024 | 4:20 PM
Mantan Perdana Menteri Malaysia, Encik Najib Tun Razak, hadir di Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur pada 5 Disember untuk fail rayuan mengemukakan bukti baru terkait kewujudan perintah tambahan yang membenarkannya menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah.
Mantan Perdana Menteri Malaysia, Encik Najib Tun Razak, hadir di Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur pada 5 Disember untuk fail rayuan mengemukakan bukti baru terkait kewujudan perintah tambahan yang membenarkannya menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak, memfailkan permohonan di Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur, untuk mengemukakan bukti baru kewujudan perintah tambahan yang membenarkannya menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan di rumah.

Encik Najib bergantung kepada bukti baru itu untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding semakan kehakiman agar kerajaan melaksanakan perintah tambahan yang didakwa dikeluarkan oleh mantan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ahmad Shah.

Dokumen mahkamah yang dilihat oleh Free Malaysia Today, mendedahkan bahawa permohonan itu turut disertakan dengan afidavit yang disahkan pada 2 Disember oleh anak sulung Encik Najib, Datuk Muhammad Nizar.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini memutuskan Encik Najib gagal membuktikan beliau mempunyai kes yang boleh dipertikaikan untuk mewajarkan pendengaran penuh permohonan semakan kehakiman untuk membuktikan kewujudan perintah tambahan (adendum) itu.

Hakim Amarjeet Singh berkata kenyataan yang terkandung dalam afidavit yang difailkan oleh Encik Najib; Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, adalah khabar angin dan tidak boleh diterima sebagai bukti.

Sementara itu MalaysiaGazette melaporkan, Datuk Muhammad Nizar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Peramu Jaya (Pahang), mengesahkan kewujudan perintah tambahan itu telah dimaklumkan sendiri oleh Sultan Pahang, Sultan Abdullah Ahmad Shah kepadanya, baru -baru ini.

Menurut beliau, sekiranya dakwaan tersebut palsu, perkara berkenaan sudah tentu telah dinafikan oleh pihak Istana sejak awal lagi.

“Saya telah failkan satu afidavit di mana saya telah dimaklumkan oleh Sultan Pahang sendiri bahawa adendum itu memang wujud.

“Ia bercanggah dengan kenyataan sesetengah pihak yang mengatakan hearsay (khabar angin) dan sebagainya. Sebenarnya ia satu kepastian, kebenaran,” katanya.

Pada 2 Februari, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan mengumumkan bahawa hukuman penjara Encik Najib dalam kes membabitkan dana SRC International RM42 juta ($12.72 juta) yang dihadapinya telah dikurangkan separuh, dari 12 tahun kepada enam tahun.

Encik Najib, yang sedang menjalani hukuman penjara di Kajang, Selangor, juga mendapat pengurangan denda yang dikenakan terhadapnya daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg