Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Nak biasakan anak ke masjid boleh... tapi usah sampai ganggu jemaah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Nak biasakan anak ke masjid boleh... tapi usah sampai ganggu jemaah

Mar 31, 2024 | 05:30 AM



Menjadi kelaziman pada setiap Ramadan, hampir semua masjid dan surau di Malaysia dipenuhi jemaah lelaki dan wanita yang tidak mahu melepaskan peluang merebut pahala dan kemanisan beribadat termasuk menunaikan solat tarawih.

Tidak kurang juga ibu bapa yang membawa anak kecil pelbagai peringkat usia ke masjid dan surau dengan matlamat memberi pendedahan dan mendidik mereka supaya ‘mesra’ dengan masjid.

Namun, seawal minggu pertama Ramadan, riuh mengenai kejadian tular kanak-kanak mengganggu jemaah yang sedang menunaikan solat.

Ada insiden di mana kanak-kanak menarik kerusi seorang jemaah lelaki warga emas sehingga lelaki itu terjatuh dan ada juga jemaah wanita yang dipukul dan ‘dipanjat’ oleh anak mereka ketika sedang solat sehingga mengganggu jemaah lain.

Situasi ini mengundang pelbagai reaksi masyarakat. Laman sosial dipenuhi pelbagai pandangan, baik dan buruk, membawa kanak-kanak ke masjid.

Menurut laman web rasmi Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan yang bertajuk Bayan Linnas Siri Ke-63: Masjid dan Kanak-Kanak, mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, pernah menjawab mengenai persoalan ini.


Kata beliau, yang juga Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), sejarah membuktikan kanak-kanak dibawa ke masjid untuk diajar ibadat solat serta pembelajaran ilmu.

“Bahkan kanak-kanak perlulah dibawa ke masjid semenjak kecil supaya perasaan cintakan masjid serta cintakan solat berjemaah dapat dipupuk lebih awal dalam diri mereka,” katanya.

Namun menurutnya, sebaiknya ibu bapa mengelak membawa anak kecil ke masjid jika kanak-kanak itu memang diketahui susah dijaga kerana bimbang mengganggu jemaah lain.

Perunding keibubapaan bertauliah yang juga Pengasas Parent Connect Consultancy, Cik Noor Afidah Abu Bakar, pula berpandangan ibu bapa yang berhasrat membiasakan anak dengan masjid, tidak harus hanya memulakannya pada Ramadan.

Ini menurut beliau adalah berdasarkan fitrah kanak-kanak yang sukakan keseronokan, terutama apabila melihat suasana masjid meriah dipenuhi orang ramai, selain tarikan untuk bermain bersama kanak-kanak lain yang dibawa ibu bapa ke masjid.

“Memang niat yang baik bawa anak ke masjid sebab mahu biasakan dan dekatkan anak dengan rumah Allah. Benar memang itu yang dianjurkan Islam, tetapi pada pandangan saya ia tidak harus hanya dilakukan pada Ramadan.

“Sebaik-baiknya mulakan ia lebih awal di bulan-bulan sebelum Ramadan. Ketika itu masjid lebih lapang dan luas dan ibu bapa boleh ambil peluang itu untuk mendidik anak tentang adab dan tertib ketika berada di masjid.

“Jadi apabila ke masjid pada Ramadan, mereka sudah terdidik dengan adab untuk menjaga tingkah laku di masjid,” katanya kepada Berita Minggu (BM).


Beliau berkata adalah penting bagi setiap ibu bapa memahami perilaku anak kecil mereka supaya tindakan membawa anak ke masjid tidak mengundang onar dan masalah yang mengesankan jemaah lain.

“Sebagai contoh, waktu solat tarawih mungkin berhampiran dengan waktu tidur si anak. Lalu tidak sesuai untuk anak itu dibawa ke masjid kerana dibimbangi dia akan meragam dan mengamuk lalu mengganggu jemaah lain.

“Selain itu jika anak jenis yang terlalu aktif dan sukar dikawal, sebaiknya elakkan di bawa ke masjid kerana selain memungkinkan gangguan kepada jemaah, ia juga boleh merisikokan keselamatan anak jika buat sesuatu di luar jangka,” ujarnya.

Memahami ramai ibu bapa yang tidak mahu ketinggalan merasai nikmat berjemaah di masjid pada Ramadan, Cik Noor Afidah turut berkongsi senarai masjid di Malaysia yang menyediakan kemudahan menjaga kanak-kanak ketika ibu bapa menunaikan solat.

“Ramai ibu bapa tidak tahu ada ratusan masjid di seluruh negara yang menyediakan kemudahan sedemikian. Jadi apabila saya kongsikan, ibu bapa boleh memilih masjid terhampir dengan mereka yang menyediakan khidmat itu dan memudahkan mereka untuk beribadat dengan tenang,” katanya.

Antara masjid terbabit ialah Masjid Al-Khairiyah di Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor.

Menurut Setiausaha masjid, Encik Rohisham Mohd Ikhlak, pihaknya memang menggalakkan ibu bapa membawa anak mereka termasuk seusia kecil ke masjid, namun menekankan pentingnya kefahaman dan ilmu supaya anak dapat dikawal dan berkelakuan baik sepanjang di masjid.

“Apabila masyarakat sudah ada ilmu pentingnya mendidik anak dekat dengan masjid, langkah seterusnya ialah usaha pihak masjid untuk sediakan kemudahan bersesuaian yang dapat menambah baik kawalan terhadap kanak-kanak ini.

“Di Masjid Al-Khairiyah memang ada disediakan bilik khas untuk kanak-kanak bermain, lengkap dengan sukarelawan yang membantu menjaga sepanjang ibu bapa tunaikan solat.

“Dalam masa sama, ibu bapa juga perlu ambil peranan didik, tegur dan pesan kepada anak supaya tidak ganggu jemaah lain.

“Sepanjang Ramadan pula masjid memang penuh, jadi ibu bapa yang bawa anak perlu pilih saf yang sesuai, sebagai contoh di belakang, supaya anak boleh berehat dan tak ganggu jemaah lain,” katanya kepada BM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >