Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Nurul Izzah: Agenda reformasi Anwar belum terkubur

Apr 23, 2025 | 10:52 AM
Anak sulung Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga memegang jawatan Naib Presiden dan pengasas bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan agenda reformasi yang diperjuangkan bapanya sejak 26 tahun lalu belum terkubur.
Anak sulung Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga memegang jawatan Naib Presiden dan pengasas bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan agenda reformasi yang diperjuangkan bapanya sejak 26 tahun lalu belum terkubur. - Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Anak sulung Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Cik Nurul Izzah, menyifatkan agenda reformasi yang diperjuangkan ayahnya sejak penubuhan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini menginjak usia 26 tahun, belum lagi terkubur.

Menurut Cik Nurul Izzah yang terkenal dengan gelaran ‘Puteri Reformasi’, beliau menyedari perjuangan melaksanakan reformasi mengundang kritikan dan diperli sesetengah pihak dengan melabel agenda itu sebagai ‘reformati’ atau ‘reforbasi’.

Mengakui ia memerlukan masa untuk dilaksanakan, Naib Presiden PKR itu menuntut usaha pasukan dalam PKR agar perjuangan penting itu tidak terkubur.

Absolutely (memang benar ada yang mengkritik agenda reformasi oleh PKR). Saya rasa itu memang sesuatu yang penting untuk kita persoalkan.

“Kami juga dalam pasukan. Kami sentiasa memberi ruang kepada setiap seorang. Kita kena secara kritis (perlu) memikirkan cara-cara untuk memperbaiki.

“Jadi isunya kritikan yang kita mahu bina. Lakukannya demi parti dan negara. Ya, kita tak boleh nak kata semuanya (yang) kita buat adalah benar. Tidak.

“Setiap generasi akan ada perjuangan dan struggle (berhempas pulas). Tak boleh katakan oh ini (reformasi) sudah terkubur. Kita harus hidupkan kembali melalui tindak-tanduk dan juga keputusan yang kita ambil,” katanya dalam podcast Borak Harini oleh Berita Harian Malaysia.

Mengulas lanjut Cik Nurul Izzah yang juga mantan Ahli Parlimen (AP) Lembah Pantai (Kuala Lumpur) berkata tiada jalan singkat untuk melaksanakan agenda reformasi.

Justeru beliau menuntut keberanian setiap pihak khususnya ahli PKR untuk memastikan matlamat ditetapkan mengikut prinsip yang digariskan sebelum ini.

“Apa yang kita lakukan, yang penting (adalah) hala tuju. Jadi saya berharap, saya sendiri, (dan) kita (semua) adalah pelengkap kepada proses ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Cik Nurul Izzah melakar pencapaian membanggakan apabila disenaraikan antara 30 individu berpengaruh dalam Project Syndicate Forward Thinkers List.

Project Syndicate iaitu organisasi media dunia bukan berasaskan keuntungan menerusi laman web mereka memaklumkan, senarai itu bertujuan mengiktiraf dan mengetengahkan golongan intelektual yang semakin menyerlah dalam bidang akademik, penggubalan dasar, masyarakat sivil dan sektor swasta.

“Individu itu terbabit dalam pelbagai isu penting daripada perubahan iklim dan geopolitik sehingga berkait demokrasi liberal dan masa depan kapitalisme.

“Setiap peserta terdiri daripada pemimpin dalam bidang masing-masing dan kami percaya pandangan mereka bukan sekadar membentuk wacana awam di negara masing-masing, malah turut memberi impak besar di peringkat global pada masa akan datang,” menurut Project Syndicate.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg