Parti Islam/Melayu M’sia cipta sejarah bincang bersama isu agama, kaum

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Parti Islam/Melayu M’sia cipta sejarah bincang bersama isu agama, kaum

Selain penganjur Umno, antara parti yang hadir termasuk PAS, PKR, Amanah
Mar 6, 2026 | 1:34 PM

Parti Islam/Melayu M’sia cipta sejarah bincang bersama isu agama, kaum

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
umno, pas, parti melayu/islam
Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki (kanan) dan Setiausaha Agung Parti Islam SeMalaysia (PAS), Datuk Seri Takiyuddin Hassan (dua dari kanan), antara wakil pemimpin parti politik Melayu/Islam Malaysia hadir ke Musyawarah Isu-Isu Islam dan Bumiputera di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur, anjuran Umno pada malam 5 Mac. - Foto FACEBOOK ASYRAF WAJDI DUSUKI

Parti politik berteraskan Islam/Melayu dan Bumiputera di Malaysia mencatat sejarah apabila pertama kali duduk semeja berbincang serta mencari titik persefahaman mengenai isu kepentingan agama dan kaum.

Pertemuan sempena Musyawarah Isu-Isu Islam dan Bumiputera pada malam 5 Mac itu dilihat simbolik permulaan penyatuan parti Melayu Islam, seperti yang dihasratkan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di pentas Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2025, Januari lalu.

Selain Umno sebagai penganjur, antara parti politik kerajaan dan pembangkang yang hadir dalam mesyuarat di Ibu Pejabat Umno, Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur, itu ialah Parti Islam SeMalaysia (PAS); Parti Keadilan Rakyat (PKR); Parti Amanah Negara dan Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS).

Selain itu turut hadir ialah Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (Berjasa), Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), dan Parti Ikatan Bangsa (Ikatan).

Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, dalam hantaran di Facebook, berkata beliau diamanahkan oleh Datuk Ahmad Zahid untuk mempengerusikan musyawarah kali pertama itu untuk menghimpunkan pelbagai parti tidak kira daripada blok kerajaan mahupun pembangkang, demi maslahat ummah dan Islam.

“Musyawarah ini menjadi wahana penting untuk bertukar pandangan secara terbuka demi mencari titik persefahaman dalam perkara yang menyentuh kepentingan bersama yang melibatkan Islam, Melayu dan Bumiputera di Malaysia.

“Hakikatnya, dalam sistem demokrasi, parti-parti politik boleh berbeza pandangan sama ada berada di blok kerajaan mahupun pembangkang.

“Perbezaan itu adalah lumrah dalam politik. Namun apabila menyentuh soal kepentingan Islam, kedudukan Melayu serta masa depan Bumiputera, ia seharusnya menjadi titik temu yang menyatukan kita semua melangkaui perbezaan politik kepartian,” katanya.

Menurut Datuk Dr Asyraf, semua pihak telah sepakat untuk menubuhkan Sekretariat Musyawarah Parti-Parti Teras Islam, Melayu dan Bumiputera.

“Penubuhan ini sebagai wahana yang akan menyediakan ruang untuk perbincangan, perundingan dan dialog terbuka, tulus dan telus secara berterusan dalam isu-isu berkepentingan bersama menyentuh kedudukan Islam/Melayu dan Bumiputera,” katanya.

Sebelum ini ketika berucap di pentas PAU 2025, Datuk Ahmad Zahid mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa sebagai sebahagian usaha penjenamaan semula parti itu menjadi ‘rumah besar Orang Melayu’ menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Beliau kemudian turut mengumumkan cadangan pembentukan satu kerjasama agung yang menghimpunkan parti politik berteraskan Melayu/Islam di Malaysia di bawah satu kerangka kerjasama lebih luas.

Datuk Ahmad Zahid memperjelaskan usaha tersebut sebagai langkah penyatuan parti politik yang tidak akan menggugat kedudukan Kerajaan Perpaduan sedia ada atau sebarang perubahan struktur kerajaan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg