SPH Logo mobile
Langgan|

Pegawai penjara maut digilis lori simen rosak brek di Melaka

Pegawai penjara maut digilis lori simen rosak brek di Melaka

May 16, 2025 | 3:01 PM

Pegawai penjara maut digilis lori simen rosak brek di Melaka

Keadaan motosikal pegawai Jabatan Penjara Malaysia, Sarjan Amal Nurlidar Ghazali, 42 tahun, yang maut dalam satu kemalangan akibat digilis lori simen yang dipercayai mengalami masalah brek di Melaka, pada 15 Mei.
Keadaan motosikal pegawai Jabatan Penjara Malaysia, Sarjan Amal Nurlidar Ghazali, 42 tahun, yang maut dalam satu kemalangan akibat digilis lori simen yang dipercayai mengalami masalah brek di Melaka, pada 15 Mei. - Foto POLIS DIRAJA MALAYSIA

MELAKA: Seorang kakitangan wanita Jabatan Penjara Malaysia maut digilis sebuah lori simen yang dipercayai mengalami masalah brek di persimpangan lampu isyarat di Lebuh Sungai Udang – Paya Rumput – Ayer Keroh berhampiran pusat pelupusan sampah, di Melaka.

Kejadian kira-kira 5.50 petang 15 Mei itu menyebabkan mangsa, Sarjan Amal Nurlidar Ghazali, 42 tahun, yang bertugas sebagai wadar di jabatan terbabit maut selepas terperosok di bawah lori berkenaan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Penolong Pesuruhjaya Christopher Patit, berkata ketika kejadian, wanita itu yang menunggang Yamaha Ego Solariz berhenti di lampu isyarat berkenaan.

Katanya pada sama sama, sebuah lori simen dipandu lelaki berusia 49 tahun dari arah sama gagal mengawal kenderaan menyebabkannya terpaksa mengelak kenderaan lain sehingga ke bahu jalan lalu merempuh serta menggilis mangsa.

“Susulan kejadian itu, kaki mangsa hancur digilis, selain parah di beberapa anggota badan serta bahagian muka,” katanya menerusi kenyataan, lapor Harian Metro.

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Masjid Tanah, Melaka, bergegas ke tempat nahas bagi membantu mengeluarkan mayat mangsa di bawah lori. Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Mengulas lanjut, Encik Christopher berkata nahas terbabit dipercayai berpunca daripada kegagalan fungsi brek lori dan kejadian turut dirakam saksi melalui kamera papan pemuka kenderaan.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati pemandu lori negatif dadah, dan lelaki berusia 49 tahun itu ditahan reman pada 16 Mei.

“Kenderaan berat berkenaan ditahan untuk dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bagi pemeriksaan kerosakan,” katanya.

Pada 13 Mei lalu, sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terkorban selepas trak FRU dinaiki terbabit kemalangan dengan lori membawa muatan batu yang dipercayai mengalami masalah kegagalan fungsi stereng di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak.

Kejadian turut menyebabkan sembilan lagi anggota polis FRU Unit 5 yang menaiki trak sama ketika dalam perjalanan pulang ke Ipoh, Perak, selepas selesai penugasan perayaan Chitrapournami sempena Hari Wesak di Hilir Perak, mengalami kecederaan.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg