Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelabur M’sia rugi RM21.9j dek pelaburan palsu

Aug 14, 2024 | 2:56 PM
Gambar tangkapan terhadap sindiket penipuan pelaburan ‘Warburg Pincus’ ketika sidang media khas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf  pada 13 Ogos.
Gambar tangkapan terhadap sindiket penipuan pelaburan ‘Warburg Pincus’ ketika sidang media khas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf pada 13 Ogos. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 10 individu disyaki terlibat sindiket penipuan pelaburan terkemuka dunia, Warburg Pincus yang mengakibatkan mangsanya kerugian berjumlah RM21.9 juta ($6.49 juta).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata tangkapan kumpulan suspek yang terdiri lima lelaki dan lima wanita itu dibuat di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Perak, Kedah, Sabah serta Sarawak.

Beliau berkata suspek berusia 21 hingga 52 tahun dipercayai berperanan sebagai pemilik syarikat serta perniagaan dan pengarah syarikat dalam membuat penipuan pelaburan tersebut.

Kata beliau sindiket menggunakan nama syarikat pelaburan terkemuka dunia iaitu Warburg Pincus bagi meyakinkan mangsa bahawa pelaburan dijalankan adalah sah.

“Berdasarkan siasatan, sindiket ini disyaki memulakan operasi sekitar awal 2024 dan beroperasi sepenuhnya secara dalam talian.

“Sindiket ini menggunakan laman media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp untuk berkomunikasi dengan mangsa,” katanya lapor Sinar Harian.

Mengulas lanjut, Datuk Ramli berkata kumpulan penipuan pelaburan tersebut membuat iklan promosi dengan mengaplikasikan sistem algorithm Facebook bagi menjamin hasil yang optimum.

Jelasnya pulangan 11 hingga 15 peratus sebulan ditawarkan kepada pelabur bagi menarik perhatian mangsa.

Tambahnya sindiket juga dipercayai menawarkan khidmat ‘Cikgu Trading’ untuk membimbing pelabur bagi menjana pendapatan.

“Untuk menyertai pelaburan, mangsa diminta memuat turun aplikasi palsu yang dihantar melalui pautan WhatsApp. Mangsa kemudiannya diarahkan mendepositkan wang ke akaun keldai sebelum boleh memulakan pelaburan.

“Tetapi pada akhirnya, mangsa tidak dapat membuat sebarang pengeluaran keuntungan,” ujarnya.

Menurut beliau, sebanyak 44 kes kertas siasatan dibuka terhadap sindiket penipuan tersebut dan sejumlah 20 akaun bank milik pelbagai perniagaan dan syarikat telah dikenal pasti disalah guna sebagai akaun keldai untuk menerima wang daripada mangsa terlibat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg