Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemilihan kepimpinan baru PKR bermula pagi 23 Mei

May 23, 2025 | 12:08 PM
PKR election
Suasana di pusat pemilihan di Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bahru. - Foto BH oleh HANNEEYZAH BAHARIN

JOHOR BAHRU: Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2024/2025 pagi 23 Mei tertumpu kepada proses pemilihan kepimpinan baru parti bagi sesi 2025-2028.

Proses bagi memilih kepimpinan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat dan Majlis Pimpinan Wanita Pusat itu bermula 8 pagi dan berakhir 5 petang, membabitkan keseluruhan 32,030 pengundi secara fizikal dan dalam talian.

Ia dijalankan menerusi dua kaedah, iaitu secara pengundian fizikal oleh perwakilan Kongres Pusat, Kongres AMK Pusat dan Wanita Pusat, masing-masing di Berjaya Waterfront Hotel dan Pusat Konvensyen Danga Bay di sini.

Bagi Sabah dan Sarawak, pengundian fizikal dilaksanakan di Pusat Teknologi dan Komersial Antarabangsa (ITCC) di Penampang serta Pusat Konvensyen Penview di Kuching, lapor Berita Harian Malaysia.

Sementara itu, perwakilan biasa dan perwakilan tambahan bagi Kongres Pusat, AMK Pusat dan Wanita Pusat mengundi secara dalam talian pada masa sama menerusi aplikasi ADIL.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijangka mengundi secara fizikal di Berjaya Waterfront Hotel, Stulang, kira-kira 12 tengah hari pada 23 Mei.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, pada 22 Mei memaklumkan keputusan pemilihan MPP PKR akan diketahui seawal-awalnya 9 malam 23 Mei.

Keputusan awal itu berkemungkinan diumumkan selepas selesai ucapan perasmian Datuk Anwar pada Kongres Nasional PKR 2025.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg