Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemuda maut ditetak sekumpulan lelaki topeng bersenjata parang di hospital Melaka

Aug 27, 2024 | 2:25 PM
Foto fail
Foto fail - Foto fail

JASIN (Melaka): Seorang lelaki dibunuh secara kejam dalam satu serangan ala gengster di sebuah hospital di Melaka, dengan kakitangan perubatan dan pesakit melihat kejadian itu dengan rasa takut.

Ketua Polis Daerah Jasin, Timbalan Superintenden (DSP) Ahmad Jamil Radzi, berkata mangsa, 24 tahun, diserang kali pertama oleh sekumpulan lelaki bertopeng bersenjatakan parang di sebuah kedai gunting rambut di Taman Rim Baru pada 8.40 malam pada 25 Ogos.

“Mangsa, yang cedera, sempat menghubungi adiknya, yang berusia 22 tahun, untuk membawanya dengan kereta ke Hospital Jasin bagi mendapatkan rawatan.

“Namun, sebaik tiba di bahagian kecemasan hospital, kumpulan penyerang itu kembali dan sekali lagi menyerangnya tanpa belas kasihan, dan memecahkan cermin depan kereta mereka,” kata DSP Ahmad Jamil pada 26 Ogos, lapor The Star.

Beliau berkata adik mangsa melarikan diri dan mencari perlindungan di ibu pejabat polis Jasin, serta membuat laporan polis.

Mangsa meninggal dunia akibat kecederaannya pada kira-kira 10.15 malam pada 25 Ogos.

DSP Ahmad Jamil berkata sebuah ambulans yang diletakkan di unit kecemasan turut mengalami kerosakan dalam kejadian tersebut.

Menurutnya, tiga suspek berusia antara 21 dengan 31 tahun ditangkap pada 26 Ogos, dan polis melancarkan gerakan memburu dua lagi suspek.

“Kami telah mendapatkan perintah reman tujuh hari ke atas ketiga-tiga mereka bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 320 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Beliau menambah bahawa polis sedang meneliti sama ada motif kumpulan penyerang itu ada kaitan dengan pertelingkahan antara anggota samseng atau niat membalas dendam.

“Kekejaman serangan itu turut dirakamkan oleh saksi di tempat kejadian,” ujarnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg