Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Peguam Syed Saddiq: Mahkamah Tinggi khilaf, gagal pertimbang pembelaan

Penyanyi Bella Astilah turut hadir di rayuan MP Muar terhadap sabitan tuduhan pecah amanah
Mar 19, 2025 | 5:31 PM
Kemunculan penyanyi dan pelakon, Bella Astilah (dua dari kiri) di Istana Kehakiman Putrajaya untuk memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Muar (Johor), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (dua dari kanan), mencuri tumpuan ramai.
Kemunculan penyanyi dan pelakon, Bella Astilah (dua dari kiri) di Istana Kehakiman Putrajaya untuk memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Muar (Johor), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (dua dari kanan), mencuri tumpuan ramai. - Foto MALAYSIA GAZETTE

Pihak pembelaan yang mewakili Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhujah Mahkamah Tinggi terkhilaf ketika mensabitkan ahli politik itu bagi tuduhan bersubahat melakukan pecah amanah dana RM1 juta ($300,000) milik Armada (Pemuda) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik berkata Mahkamah Tinggi terkhilaf apabila ia gagal menimbangkan bahawa pembelaan mantan Ketua Armada itu bukan penafian semata-mata, lantas menyebabkan beliau tidak mendapat keadilan.

Beliau berkata demikian dalam prosiding rayuan Syed Saddiq terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 19 Mac.

Pada 9 November 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, rotan dua kali dan denda RM10 juta selepas mendapati Syed Saddiq bersalah atas empat tuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram berkaitan dana Armada.

Datuk Hisyam berkata Syed Saddiq tidak pernah mengarahkan bekas penolong bendahari Armada, Rafiq Hakim Razali, dan bekas penolong setiausaha, Ahmad Redzuan Mohamed Shafi, mengeluarkan RM1 juta daripada akaun rasmi sayap Bersatu itu.

Oleh itu, Mahkamah Rayuan wajar “campur tangan” dengan membebaskan Syed Saddiq daripada keempat-empat tuduhan yang dihadapinya, kata Datuk Hisyam.

“Hakim bicara melakukan salah laksana keadilan (miscarriage of justice) yang serius serta tersalah arah dari segi fakta dan undang-undang ketika mensabitkannya,” kata beliau pada prosiding di Mahkamah Rayuan, Istana Kehakiman Putrajaya, pada 19 Mac.

Pihak pembelaan turut memohon mahkamah menilai semula bukti berkaitan sumber dana yang diterima Syed Saddiq, yang dikatakan tidak dapat dikaitkan dengan kegiatan haram.

Prosiding itu dikendalikan di hadapan panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan akan bersambung pada 20 Mac dengan hujahan pihak pendakwaan.

Sebelum prosiding bermula, penyanyi dan pelakon Bella Astillah, yang sedang hangat dikatakan ada hubungan istimewa dengan Syed Saddiq, dilihat hadir di Istana Kehakiman untuk memberi sokongan kepada mantan Menteri Belia dan Sukan itu.

Bella tiba kira-kira 8.50 pagi berbaju kurung diiringi beberapa anggota keluarga serta pengurusannya, lima minit selepas Syed Saddiq, yang juga ditemani ahli keluarga, termasuk ibu dan bapanya, bersama kira-kira 30 penyokong.

Bella mencuri perhatian ramai menerusi satu hantaran di Instagram pada 18 Mac malam, dengan meletakkan gambarnya bersama Syed Saddiq berserta nota ringkas ‘doa orang ramai mengiringimu’ dan lagu Jangan Menyerah nyanyian Michela Thea.

Ketika ditemui media, Syed Saddiq, 32 tahun, yang menyifatkan Bella sebagai seorang wanita luar biasa, menitipkan ucapan terima kasih kepada penyanyi itu.

“Dia wanita luar biasa. Terima kasih dan saya terhutang budi,” katanya ringkas.

Mengikut tuduhan pertama, dia didakwa bersubahat dengan Rafiq, penolong bendahari Armada ketika itu, yang diamanahkan dana Armada berjumlah RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu pada 6 Mac 2020.

Bagi tuduhan kedua, dia didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri, iaitu wang RM120,000 daripada akaun milik Armada dengan menyebabkan Rafiq melupuskan wang tersebut antara 8 hingga 21 April 2018.

Syed Saddiq juga berdepan dua tuduhan melibatkan diri dalam kegiatan pengubahan wang haram, iaitu memindahkan wang RM50,000 dalam akaun miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera yang juga miliknya, yang merupakan hasil daripada kegiatan haram.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg