Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Pendatang asing ditahan guna pasport palsu untuk daftar jadi pekerja sah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Pendatang asing ditahan guna pasport palsu untuk daftar jadi pekerja sah

Jan 17, 2024 | 12:54 PM



PUTRAJAYA: Tindakan 27 pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Bangladesh menggunakan pasport palsu ketika mendaftar bagi program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 pada 16 Januari gagal, apabila mereka ditahan Jabatan Imigresen.


Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh, berkata pihaknya turut menahan seorang wanita tempatan berusia 39 tahun yang menjadi wakil majikan ketika mengiringi Pati berkenaan ke pejabat Imigresen.

RTK ialah program khas untuk mengesahkan Pati di Malaysia sebagai pekerja asing sah yang digajikan oleh majikan layak, tertakluk pada syarat ketat yang diputuskan oleh kerajaan.

Beliau berkata penahanan itu dibuat ketika warga Bangladesh tersebut menjalani proses pengesahan cap jari bagi pendaftaran RTK 2.0 di Pejabat RTK Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Kuala Lumpur pada 16 Januari.

Mereka disyaki melakukan pindaan maklumat pada pasport dan hasil pemeriksaan menggunakan sistem jabatan oleh pegawai pengesahan mengesahkan berlaku pindaan pada butiran nombor pasport lama dan biodata butiran diri pada pasport mereka, lapor Berita Harian Malaysia pada 16 Januari.


“Semua lelaki Bangladesh itu ditahan mengikut Seksyen 56(1)(l) Akta Imigresen 1959/63 kerana kesalahan menggunakan atau tanpa kuasa sah memiliki dokumen perjalanan yang dipinda atau dipalsukan, manakala wanita tempatan itu pula ditahan kerana kesalahan mengikut Seksyen 56(1A)(a) akta sama.


“Warga Bangladesh itu kemudian dibawa ke Unit Risikan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk pemeriksaan serta ditempatkan di Depot Imigresen Bukit Jalil untuk siasatan serta tindakan lanjut, manakala wanita warga tempatan itu diserahkan kepada Unit Siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, lapor Berita Harian Malaysia pada 16 Januari.


Sementara itu dalam kes berasingan, Jabatan Tenaga Kerja Johor sudah melengkapkan 13 kertas siasatan berhubung isu majikan menipu pekerja asing di Pengerang, Johor.

Menteri Sumber Manusia, Encik Steven Sim Chee Keong, berkata kertas siasatan itu membabitkan pelanggaran mengikut Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 [Akta 446].


“Kertas siasatan membabitkan isu ini akan disemak oleh timbalan pendakwa raya. Selepas itu, tindakan susulan akan diambil apabila semakan itu dibuat,” katanya lapor BHM pada 16 Januari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >