Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pendatang asing sembunyi atas siling elak ditahan imigresen di JB

Apr 22, 2024 | 2:08 PM
Sekumpulan pendatang asing tanpa izin ditemui bersembunyi di atas siling di sebuah premis perniagaan ketika serbuan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor.
Sekumpulan pendatang asing tanpa izin ditemui bersembunyi di atas siling di sebuah premis perniagaan ketika serbuan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor. - Foto ihsan JABATAN IMIGRESEN NEGERI JOHOR

JOHOR BAHRU: Sekumpulan pendatang asing tanpa izin (Pati) cuba melarikan diri daripada ditahan termasuk dengan bersembunyi di siling rumah bagi mengelak ditahan pihak berkuasa.

Bagaimanapun, seramai 44 orang akhirnya berjaya ditahan pihak Jabatan Imigresen Johor dalam operasi di Taman Daya, Johor Bahru.

Pengarah Imigresen Johor, Encik Baharuddin Tahir, berkata 13 premis diserbu menerusi Ops Sapu, susulan maklumat awam mengenai sejumlah warga asing tinggal di sini tanpa permit sah.

“Secara keseluruhannya, seramai 93 warga asing dan warga tempatan diperiksa dengan 44 daripadanya ditahan kerana tidak memiliki pas atau permit sah untuk berada di Malaysia, tinggal melebihi masa dan melanggar syarat pas yang ditetapkan.

“Dua notis hadir ke pejabat dikeluarkan kepada beberapa individu dalam operasi itu bagi membantu siasatan.

“Mereka yang ditahan berusia antara 11 bulan hingga 53 tahun dan semuanya ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika, Kempas, Johor, untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada 22 April, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

Dalam satu operasi berasingan di Pasir Gudang, Johor, seramai 30 warga asing ditahan membabitkan serbuan ke atas enam premis kedai makan di sekitar Masai.

Encik Baharuddin berkata dalam operasi yang dibuat susulan aduan orang awam itu, daripada 30 yang ditahan, 10 adalah warga Myanmar, manakala lapan warga Nepal, selain masing-masing lima Bangladesh dan Filipina serta seorang warga India dan Indonesia.

“Mereka yang ditahan adalah dalam lingkungan usia 21 hingga 43 tahun. Semua tahanan juga ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya.

Encik Baharuddin berkata siasatan awal mendapati warga asing berkenaan menyalahgunakan pas atau permit untuk bekerja di premis berkenaan.

“30 daripadanya ditahan kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit sah untuk berada di Malaysia dan menyalahguna Pas Lawatan Sosial,” katanya.

Menerusi tangkapan itu, menurut Encik Baharuddin sebanyak lima notis hadir ke pejabat dikeluarkan kepada beberapa individu dalam operasi berkenaan bagi siasatan lanjut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg