Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Warga S’pura tinggal lebih masa 13 tahun di M’sia, ditahan pihak berkuasa

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Warga S’pura tinggal lebih masa 13 tahun di M’sia, ditahan pihak berkuasa

Feb 27, 2024 | 12:54 PM



Tindakan licik seorang lelaki warga Singapura tinggal ‘secara haram’ di Malaysia selama 13 tahun terbongkar selepas dia ditahan pegawai penguat kuasa Jabatan Imigresen Negeri Johor.

Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan dalam Ops Bersama yang digerakkan Jabatan Imigresen Negeri Johor bersama Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) pada 9.30 pagi 25 Februari.


Pengarah Jabatan Imigresen Johor, Encik Baharuddin Tahir, berkata lelaki berkenaan ditahan selepas pihaknya menerima aduan awam berkaitan kegiatan pencerobohan oleh warga asing.

“Operasi dan tindakan diambil susulan aduan awam berkaitan kegiatan menceroboh dan membina struktur kedai di atas rizab awam tanpa kebenaran, selain aduan mengenai kewujudan warga asing di Jalan Wadihana, Johor Bahru.

“Hasil pemeriksaan, kami mendapati seorang lelaki warga Singapura sudah tinggal melebihi tempoh di negara ini bermula pada 2011, iaitu sejak berusia 21 tahun,” katanya dalam satu kenyataan pada 26 Februari.

Beliau berkata selain warga Singapura berkenaan, pihaknya turut menahan empat lagi lelaki dalam serbuan sama.

Seorang lagi yang ditahan di lokasi sama ialah lelaki warga Bangladesh kerana kesalahan melanggar syarat pas yang ditetapkan.

“Dalam operasi di sekitar Pasir Gudang pula, penguat kuasa turut menahan dua lelaki warga Indonesia dan seorang lelaki warga Pakistan kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit sah untuk berada di Malaysia,” katanya.

Susulan itu Encik Baharuddin berkata satu notis untuk hadir ke pejabat turut dikeluarkan dan semua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika, Kempas, Johor Bahru, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

“Jabatan Imigresen dengan kerjasama semua jabatan penguatkuasa lain di negeri ini akan terus mempergiatkan lagi operasi bagi membanteras isu lambakan pendatang asing tanpa izin,” katanya.

Sementara itu dalam operasi berasingan, Jabatan Imigresen Negeri Johor turut menahan 16 warga asing dalam Ops Selera di Taman Tasek, Johor Bahru, selepas menyerbu sebuah restoran nasi arab terkenal sekitar 4 petang, 26 Februari.


Encik Baharuddin berkata mereka yang ditahan ialah tujuh lelaki warga Syria, Yaman (tiga), Palestin (tiga) dan masing-masing seorang lelaki warga Mesir dan Bangladesh serta seorang wanita warga Filipina semuanya berusia 21 hingga 55 tahun.

“Mereka ditahan kerana didapati tidak memiliki sebarang pas atau permit sah untuk berada di Malaysia dan tinggal melebihi tempoh di negara ini,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >