Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Penerbangan di M’sia dibatal susuli letusan Gunung Ruang

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Penerbangan di M’sia dibatal susuli letusan Gunung Ruang

Apr 19, 2024 | 11:43 AM



KOTA KINABALU: Sekurang-kurangnya 27 penerbangan di Sabah dan lapan penerbangan di Sarawak dibatalkan pada 18 April, menjejas lebih 20,000 penumpang, berikutan letusan Gunung Ruang di Indonesia.


Syarikat penerbangan Malaysia Airlines dan AirAsia membatalkan penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Sabah serta Sarawak itu disebabkan risiko keselamatan letusan itu terhadap penerbangan.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata kira-kira 20,000 penumpang masuk dan keluar Sabah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Labuan, Tawau dan Sandakan terjejas akibat pembatalan itu, lapor Berita Harian Malaysia.


Berita Harian Malaysia melaporkan beliau berkata kerajaan negeri sedang memantau kesan letusan Gunung Ruang, yang menyebabkan pelepasan debu gunung berapi di udara hingga menjejaskan operasi penerbangan.


Ratusan penumpang, termasuk dari, antaranya, Sri Aman, Balai Ringin dan Betong, turut terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), Sarawak, pada 18 April, selepas penerbangan ke Semenanjung dibatalkan sejak pagi.

Malaysia Airlines dan AirAsia berusaha membantu penumpang terjejas dengan penerbangan alternatif, sebaik sahaja keadaan bertambah baik.


AirAsia telah menyambung beberapa penerbangan yang dijadualkan berlepas serta tiba di Sabah dan Sarawak pada 19 April.

Ia mengumumkan dalam satu kenyataan bahawa 19 penerbangan telah disambung, antara lain bagi laluan Bintulu, Kuching dan Sibu di Sarawak; Johor Bahru dan Kota Bharu di Kelantan.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Encik Bo Lingam, berkata penumpang juga boleh meminda penerbangan mereka dengan membuat perubahan sekali saja ke sembarang tarikh perjalanan baru untuk laluan yang sama, dalam 30 hari dari tarikh berlepas asal, tanpa kos tambahan dan tertakluk pada ketersediaan tempat duduk.

“Mereka juga boleh mengekalkan nilai tempahan penerbangan dalam akaun keahlian AirAsia Rewards untuk perjalanan akan datang dengan AirAsia, yang perlu ditebus dalam dua tahun dari tarikh pengeluarannya,” katanya.


Terdahulu Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengeluarkan Maklumat Keselamatan mengenai amaran bahaya debu Gunung Berapi di Sulawesi Utara, Indonesia, yang memberi kesan kepada operasi penerbangan di Wilayah Maklumat Penerbangan (FIR) Kota Kinabalu, Sabah.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Kapten Norazman Mahmud, berkata Maklumat Keselamatan itu berikutan letusan Gunung Ruang sejak 9.45 pagi 16 April.


“Kesan letusan ini menyebabkan terbentuknya awan debu yang bergerak menuju ke FIR Kota Kinabalu dan boleh mendatangkan risiko kepada keselamatan pesawat ruang udara berkenaan,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >