Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penerbangan MAS ke Sarawak alami situasi cemas, penguasa siasat masalah tekanan kabin

Oct 22, 2025 | 2:07 PM
Encik Abdul Jalil dan isterinya, antara ratusan penumpang yang mengalami situasi cemas dalam penerbangan pesawat Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke Bintulu, Sarawak, pada 21 Oktober.
Encik Abdul Jalil dan isterinya, antara ratusan penumpang yang mengalami situasi cemas dalam penerbangan pesawat Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke Bintulu, Sarawak, pada 21 Oktober. - Foto FACEBOOK ABDUL JALIL

PETALING JAYA: Malaysia Aviation Group (MAG) memaklumkan bahawa satu siasatan telah dimulakan berhubung isu tekanan kabin secara tiba-tiba dalam pesawat penerbangan MH2742 pada 21 Oktober, yang menyebabkan penumpang panik.

MAG dalam satu kenyataan pada 21 Oktober, berkata pesawat MH2742 yang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Bintulu, Sarawak, itu mengalami kehilangan tekanan kabin secara mengejut ketika dalam penerbangan.

Menurut kenyataan syarikat itu, kru penerbangan kemudiannya melaksanakan prosedur keselamatan standard dengan menurunkan altitud secara terkawal dan mengaktifkan topeng oksigen.

Pesawat berkenaan dilaporkan mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Bintulu pada 10.31 pagi tanpa sebarang insiden lanjut.

“Tiada sebarang kebimbangan keselamatan terhadap penumpang atau anak kapal pada bila-bila masa. Malaysia Airlines memohon maaf dengan tulus atas gangguan terhadap rancangan perjalanan penumpang kami.

“Keselamatan dan kesejahteraan pelanggan serta anak kapal sentiasa menjadi keutamaan kami, dan kami sedang menjalankan siasatan menyeluruh bagi memahami punca kejadian serta mencegah ia daripada berulang,” menurut kenyataan media itu, lapor The Star.

Sementara itu, seorang penumpang dikenali sebagai Encik Abdul Jalil berkongsi pengalaman mendebarkan ketika menaiki pesawat berkenaan yang mengalami situasi cemas di udara baru-baru ini.

Dalam hantaran di Facebook pada 21 Oktober, beliau membayangkan sesuatu buruk akan berlaku dan rakaman video yang dibuatnya sepanjang kejadian cemas itu mungkin menjadi kenangan terakhir untuk keluarganya.

“Peristiwa ini berlaku singkat saja mungkin lebih satu minit, tetapi terasa begitu panjang dengan berbagai memori yang timbul dalam masa yang singkat.

“Alhamdulillah, kami selamat mendarat di lapangan terbang Bintulu pada 10.35 seperti yang diumumkan oleh kapten pesawat,” katanya.

Menceritakan kejadian, Encik Abdul Jalil berkata penerbangan MH2742 yang dinaikinya berangkat pada 8.20 pagi dari KLIA dengan lancar, sehinggalah kira-kira 10 pagi apabila mereka beberapa kali terdengar bunyi pelik.

“Saya sempat menoleh ke sebelah kanan, melihat penumpang yang juga nampak tergamam. Oleh kerana sudah biasa menaiki pesawat bunyi itu memang sangat ganjil.

“Pada masa sama juga terasa seolah kapal terbang turun menjunam seperti hilang kawalan.

“Apabila keluar alat bantuan pernafasan dan Kapten mengisytiharkan kecemasan serta menasihati penumpang untuk memasang alat bantuan pernafasan, saya yakin ada sesuatu yang kurang elok berlaku sepertimana yang saya sangkakan,” katanya.

Beliau mengakui kebiasaannya sering mengabaikan taklimat diberikan pramugari mengenai penggunaan alat kecemasan, sehingga suasana agak kelam kabut ketika berlakunya kecemasan dan memerlukan penggunaan alat bantuan tersebut,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg